Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Waheeda Akui Banyak Ingat Soal Mati Selepas Insiden Yang Hampir Meragut Nyawanya

Izwan Isa
10/01/2024 06:55 MYT
Langkah Waheeda dalam industri hiburan ketika mula-mula melakar nama sebagai penyanyi boleh dianggap langkah kanan. Bermula dengan lagu Wassini, kerjaya seninya berkembang ke cabang lakonan, menjadikannya sebagai antara selebriti serba boleh pada ketika itu.

Namun, selepas mendirikan rumah tangga dan vakum daripada dunia hiburan selama 15 tahun, aktres yang pernah membintangi filem I Know What You Did Last Raya itu bakal muncul dengan lagu baharu pada suku pertama 2024.

BERITA TRENDING: 10 Tahun Menyepi, Waheeda Wassini Is Back! - "Saya Menyimpan Impian Untuk ..."

“Sepanjang tempoh 15 tahun menyepi, saya banyak mencari ilmu dan memahami Al Quran. Saya kembali aktif bukan sebagai penyanyi namun sebagai pemuzik. Cuma kenapa tempoh 15 tahun, saya tiada jawapan.

“Semuanya perancangan Allah SWT dan sebagai hamba-Nya, saya hanya mengikut apa yang sudah diaturkan,” katanya ketika muncul dalam program One On One baru-baru ini.

Bercerita mengenai perancangannya dalam tempoh lima tahun akan datang, Waheeda atau nama sebenarnya, Norwahidah Abdul Wahab, 46, tidak mempunyai sebarang target memandangkan peringatan tentang kematian sentiasa tertanam dalam dirinya.

BERITA TRENDING: Tidur Dengan Anak Patung Seperti Teddy Bear Haram Kata Ustaz Azhar Idrus

Hal ini semakin menebal dalam diri apabila diserang penyakit jantung sekitar lima tahun lalu.

“Selang sehari selepas arwah pemain bass Kelly meninggal dunia akibat serangan jantung, saya pula buat pertama kalinya diserang penyakit yang sama. Ketika itu saya sedang berseorangan di sebuah pusat membeli belah.

“Tiba-tiba rasa peluh sejuk dan saya sendiri tidak dapat hendak menggambarkan perasaan ketika itu. Ada rasa hendak muntah, rasa seperti hendak pitam tetapi saya kuatkan diri menuju ke kereta.

“Takut juga sekiranya saya pengsan atau tidak sedarkan diri dalam kereta dan orang tidak menyedari perkara itu. Sempat juga saya mendapatkan nasihat daripada sepupu saya yang merupakan seorang doktor. Katanya, saya perlu terus ke unit kecemasan hospital, bukan ke klinik,” katanya.

BERITA TRENDING: Ke Tepi Baby Shima, Baby Erin & Baby Anju! Tak Perlu Nama Pentas, Wanita Ini Miliki Nama Sebenar Baby Girl Binti Ariffin

Untuk rekod, Waheeda pernah dicalonkan dalam senarai Top 5 bagi Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003, 2004 dan 2005.

Dia juga pernah menerima anugerah bagi Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2005 dan 2008 serta Juara Kategori Irama Malaysia di Anugerah Juara Lagu 2003.

Waheeda mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Akhil Abdul Hayy pada 16 Ogos 2019.

#Waheeda
;