Hiburan
Wajah Baby Face Ibu Atikah Suhaime Jadi Perhatian - “Mudanya Mama, Macam Adik Beradik”
Pelakon, Datin Atikah Suhaime yang kini sarat hamil meluahkan rasa gembira apabila ibunya sudah berada di Kuala Lumpur.
Bawa mama ke KL
Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkongsi perkara gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.Hantaran itu juga turut disertakan dengan beberapa foto dan video pendek merakamkan momen manis bersama ibunya.“Disebabkan saya tidak dapat ke Singapura, jadi saya bawa ibu saya ke KL,” coretnya ringkas.
Mama jadi perhatian, wajah baby face
Namun apa yang menarik perhatian pengikutnya adalah wajah ibunya yang kelihatan cantik walaupun hanya memakai sedikit alat solek.
Rata-rata menyifatkan ibunya memiliki wajah ‘baby face sama seperti Atikah.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan rasa terkejut kerana mereka berdua kelihatan seperti adik-beradik.
ARTIKEL BERKAITAN:“Boleh Makan Western Sahaja Trimester Pertama…” – Dijangka Bersalin Bulan Mac, Atikah Suhaime Kongsi Journey Kehamilan Anak Sulung
ARTIKEL BERKAITAN:Disamakan Dengan ‘Bibik’, Atikah Suhaime Anggap Isteri Layan Suami & Urus Rumah Tangga Perkara Normal - “Terlalu Banyak Benda Saya Lakukan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Muatnaik Video Nangis Sambil Makan, Atikah Suhaime Buat Netizen Risau - “Dulu Masa Mengandung Emosi…”
ARTIKEL BERKAITAN:Atikah Suhaime Imbau Kisah Disebalik ‘Nasi Goreng’ - “Keluarga Saya Di Singapura Tak Boleh Telan Langsung Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Tak Malu Pun Suami Belikan Kereta Second Hand Je” - Netizen Puji Atikah Suhaime, Humble & Sweet
Terdahulu, Atikah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Lokman Teh pada Januari tahun lalu.
Atikah kemudiannnya berkongsi mengenai kehamilannya pada September tahun lalu dan dijangka bersalin Mac depan.
Must-Watch Video