Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Wajah Berlumuran Darah, Amber Chia Alami Kecederaan Di Bahagian Dagu - “Saya Minta Maaf Sangat Sebab…”

Asyikin Mayudin 05/05/2025 | 00:55 MYT
Perkongsian beberapa foto model terkenal Amber Chia yang memperlihatkan wajahnya berlumuran darah menerusi laman Instagram miliknya mengundang kebimbangan pengikutnya.

Minta maaf

Menerusi perkongsian itu, Amber memaklumkan dirinya secara tiba-tiba jatuh pengsan dan mengalami kecederaan di bahagian dagunya.

“Tiba-tiba gelap (pengsan)… saya minta maaf sangat sebab buat anda semua risau,” kongsi Amber.

Difahamkan Amber terus dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami kecederaan yang agak teruk pada Ahad.

Lebih mengerikan lagi apabila model terkenal itu juga memuat naik foto memperlihatkan darahnya menitik-nitik dengan banyak di atas lantai rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Komen Model Profesional, Amber Chia Bila ‘Instafamous’ Dakwa Orang Yang Pakai Saiz M Itu Gemuk!

Bagaimanapun, Amber tidak berkongsi secara terperinci mengenai punca kecederaan yang dialaminya.

Ruang komen di perkongsian itu dipenuhi dengan komen netizen yang meluahkan rasa kebimbangan selain mendoakan agar Amber diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Jaga diri, semoga cepat sembuh.

“Hati-hati Amber, semoga cepat sembuh dan rehat. Jangan terlalu penat. Sayang awak.

“Tiba masanya untuk awak berehat. Saya doakan awak cepat sembuh,” komen di perkongsian itu.

#Kecederaan #Amber Chia #berlumuran darah