Hiburan
"Wajah Dia Suci..." - Zarina Zainuddin Dedah Sebab Tak Sampai Hati Pukul Mira Filzah!
Pelakon Zarina Zainuddin tidak sampai hati untuk memukul Mira Filzah dalam babak drama lakonan terbaru mereka iaitu Kau Bidadari.
Perkara itu dikongsi Zarina menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Zarina turut berkongsi potongan babak dia memarahi Mira dalam drama tersebut.
Menurut Zarina, Mira merupakan seorang pelakon yang baik dan memiliki raut wajah yang lembut membuatkan dia tidak sampai hati untuk memukulnya.
"Tak sampai hati nak pukul @mfmirafilzah sebab
1. Wajah dia suci
2. Watak ni mungkin saya lemah
3. Mira ni budak baik jadi nak pukul sikit pun sayang.
"Tapi saya cakap dekat dia pelakon yang baik boleh memberi dan menerima, dia pandang dan senyum, takpa pukul la tapi jangan kuat-kuat ya," tulis Zarina sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Zarina di ruangan komen, rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan memuji kualiti lakonannya.
Kau Bidadari arahan Rashid Sibir akan menemui anda pada bulan Ramadan ini di Astro Ria, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Must-Watch Video