,
Laman Utama

Wajah Pernah Naik Di Billboard New York, Netizen Kata Iman Troye Sepatutnya Tak Layak - "Overrated! Lagu Biasa-Biasa Je"

Amri Hassan
21/05/2022
05:55 MYT
Penyanyi Iman Troye antara artis tempatan yang berjaya mencuri tumpuan apabila wajahnya turut terpampang di billboard gergasi New York sempena kempen bulanan EQUAL Spotify.
BACA: "Mama Muka Adik Kat Billboard" - Wajah Iman Troye Di New York Times Square
Selain Iman, antara penyanyi wanita tempatan lain ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Aina Abdul, Vanessa Reynauld, Dolla dan Layla Sania.
Bagaimanapun, timbul secara tiba-tiba ketidakpuasan hati segelintir pengguna media sosial yang menyifatkan pelantun lagu Teman itu tidak layak untuk berada di papan iklan gergasi itu.
"Bagi aku Iman Troye tak patut pun ada, baru je nak up kot. Better lagi artis hebat lain.
"Overrated sangat. Padahal lagu biasa-biasa je, sesuai untuk budak-budak aje. Maaf cakap.
"Kenapa Iman Troye? Kerana nama Troye?
"Aku rasa Iman Troye tu patut tukar dengan DSV sebab DSV lagi meletop!" demikian ciap beberapa pengguna di Twitter hingga menjadi topik sohor kini sejak malam tadi.
Namun, ada juga yang menyanggah pendapat berkenaan dan mengakui Iman layak berada di papan iklan tersebut.
"Yang tak setuju Iman Troye tu kenal tak Layla Sania? Vanessa Ceria Popstar tu pun ada tiga lagu je kalau ikut Wikipedia. Benci kat dia pun duk nyanyi juga 'ya hari hari raya'.
"Kelakarlah. YouTube view dia cecah juta, kamu nak kata beli, apa-apa sajalah!
"Kalau nak artis kesayangan korang masuk billboard, go and stream their song on Spotify seperti peminat Iman Troye buat. Be reasonable nak jadi haters pun," tegur beberapa pengguna lain.
Untuk rekod Yuna pernah tiga kali menduduki takhta billboard New York bermula tahun 2016, diikui 2019 dan kali terakhir pada tahun lalu.
Iman pula menjadi artis berhijab ketiga muncul di papan iklan digital tersohor itu pada November 2021 selepas Yuna dan Layla Sania.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

Pempengaruh Kongsi Video Makan Sushi Sewaktu Berpantang, Netizen Tegur - “Badan Nak Pakai Lama Dik..”

gempak
06/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Eynanan menerima teguran daripada netizen susulan memuat naik video menjamah sushi sewaktu tempoh berpantang di TikTok, baru-baru ini.