Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wajah & Suara Disalah Guna, Khairul Aming Beri Peringatan Kepada Orang Ramai Agar Tidak Tertipu Dengan Scammer - “Berhati-Hati Sebab Fitnah Makin Berleluasa”

Ainun
15/08/2024 04:55 MYT
Pencipta kandungan, Khairul Aming meluahkan rasa kebimbangan apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjualnya barangan kepada golongan berusia.

Khairul Aming, 31, mengingatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan scammer yang menyalahgunakan gambar dan suaranya menggunakan teknologi AI.


“Itulah suara AI dan gambar saya yang scammer dah guna untuk tipu orang ramai. Semua benda ni berada di luar kawalan.


“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana fitnah sudah makin berleluasa serta AI ini sudah salah guna. Jangan mudah terpercaya”, katanya menerusi video yang dikongsikan di sosial media.

Khairul Aming turut menegaskan bahawa dia tidak menjual apa apa barangan selain produknya sendiri iaitu Sambal Nyet dan Dendeng Nyet.

“Saya tidak menjual apa-apa barang. Yang saya jual adalah produk saya iaitu, Sambal Nyet dan Dendeng Nyet. Kalau korang nampak muka saya jual barang gajet.


“Janganlah percaya ya terutama sekali warga emas. Dekat Facebook dah makin berleluasa. Saya juga ingin pesan kepada semua fikir, siasat dan tengok dulu sebelum beli barang okay”, jelasnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis, pempengaruh dan netizen turut berkongsi sesetengah daripada mereka hampir percaya dengan scammer yang menggunakan wajah dan suara Khairul Aming.

Antara komen yang ditinggalkan;

“Dekat Facebook bersepah ye orang guna muka KA (Khairul Aming) ni. Mak aku siap forward suruh beli lagi katanya sebab KA promote”

“Uishh dahsyat sekarang. Memang yang kurang ilmy mudah terpedaya. Semoga dipermudahkan urusan KA”

“Banyak Ming kat FB pun sepah siap suruh klik link… hati-hati korang itu semua menipu je”, komen dari netizen.

BERITA TRENDING: Raja Azura Sudah Berhijab - “Saya Lakukan Dengan Ikhlas…”

BERITA TRENDING: "Hanya Mahkamah Syariah Boleh Menentusahkan Lafaz Cerai Paksa" - Peguam

BERITA TRENDING: Masdo, Gerhana Ska Cinta Ajak 'Berkencan' Malam Minggu Ini Di Panggung Odeon!

BERITA TRENDING: Artikel-Artikel Insiden Arwah Nidza Afham, Abang Aufahanie


Setakat artikel ini ditulis, video Khairul Aming ini sudah mencapai 579,000 ribu jumlah tontonan dan 66,000 ribu untuk butang suka.

#Scammer #Khairul Aming #Amaran