Penampilan penyanyi, Aina Abdul ketika sambutan hari raya Aidiladha mendapat perhatian netizen.

Namun kali ini agak berbeza kerana bukan fesyen pelik atau extravaganza yang digayakan sebaliknya Aina memilih penampilan biasa iaitu jubah dan tudung berwarna hitam.

Malah kapsyen yang ditulis pada foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya juga agak pendek.

“Quiet Eid al-Adha,” coretnya ringkas.

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)


Gaya ringkas Aina itu ternyata mendapat pujian netizen yang rata-rata menyukainya kerana penyanyi bersuara merdu itu tidak terlalu over dalam pemilihan pakaian kali ini.

Selain penampilan, wajah polos Aina tanpa solekan juga membuatkan netizen kagum dengan kecantikan semulajadi yang dimilikinya.

Antara komen yang diterima Aina adalah:

“Natural beauty, tak make up lagi sweet. Selamat hari raya Aidiladha,”

“Aina ni kalau tak meke up nampak muda 10 tahun. Comelnya kau dik, love you!”

“Ha kan simple macam ni lagi sangat cantik. Selamat hari raya,”


“Natural beauty, simple macam ni lagi cantik kot,”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bukan Mangsa Fesyen” - Aina Abdul Mahu Tonjol Alter Ego, Dedah Maksud Tersirat Baju ‘Toto’ Viral


ARTIKEL BERKAITAN: #BIGSTAGE5: "Sampainya Hati..." - Digelar Besar Kepala, Degil, Aina Abdul Akan Minta Stylist 'Tone Down'

Terdahulu, Aina yang juga merupakan juri tetap Big Stage 5 sering menerima kritikan kerana penampilannya yang dianggap terlalu over.