Status Facebook milik ayah kepada pelakon Emma Maembong, Ismail Embong mencetuskan teka-teki dalam kalangan netizen.

Menerusi kemas kini akaun Facebook peribadinya hari ini, pelukis terkenal itu seolah-olah menyuarakan kata hatinya terhadap kontroversi yang terjadi.

"Duhai perempuan, wajib dijauhi jantan yang buka aib mu; dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat & keluarga," tulisnya.


Tidak dapat dipastikan status itu ditujukan kepada mana-mana pihak namun ada antara netizen yang menyokong tindakan Ismail.

"Lelaki tak guna tu yang memang kena ajar. Jangan bagi muka Ayah. Suka-suka buat anak orang macam tu!" tulis salah seorang pengguna pada entri terbabit.

Selain itu, kata-kata nasihat dan doa turut dilayangkan buat keluarga itu.

Semalam, Emma kembali mencuri perhatian netizen apabila mengumumkan keputusannya untuk kembali membuka tudung.

Sebelum itu, foto Emma bersama Syed Abdullah dalam keadaan tidak bertudung tular di media sosial dan menjadi pertebatan umum.