Semua individu dari Zon Merah dan mereka yang pulang dari luar negara yang ingin memasuki Perlis diwajibkan menjalani kuarantin mengikut arahan Jabatan Kesihatan di pusat kuarantin, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengekalkan Perlis sebagai negeri Zon Hijau.
"Arahan ini bukan hanya untuk individu yang datang dari Zon Merah dan mereka yang pulang dari luar negara tetapi mereka yang pernah disaring oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari Zon Hijau contohnya dari Pulau Pinang juga perlu menjalani kuarantin," katanya.
Memetik laporan Bernama, sejumlah 116 orang masih dikuarantin di tiga pusat kuarantin di Perlis dengan 49 ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian, 43 di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis dan bakinya di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan), Kangar.
Sementara itu, ditanya mengenai operasi premis makanan di Perlis sepanjang PKPB, Azlan berkata waktunya dilanjutkan sehingga 10 malam berbanding dari 8 pagi hingga 8 malam sebelum ini.
Katanya orang ramai dibenarkan makan di kedai namun pemilik premis perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan tindakan tegas akan diambil jika gagal berbuat demikian.
Mengulas aktiviti sukan dan rekreasi, beliau berkata orang ramai hanya dibenarkan melakukan aktiviti joging di Trek Denai Larian, Pengkalan Assam, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Taman Bukit Lagi.
Sumber: Bernama
Zulaikha Yusof
Wed May 06 2020
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.