Laman Utama

Wakili Malaysia Sebagai Juri MIFFest Ke-6, Zizan Razak Harap Impak Positif Terhadap Industri Perfileman Tanah Air

Izwan Isa
25/07/2023
07:50 MYT
Pelakon utama Polis Evo 3, Zizan Razak mengakui berasa sangat bertuah apabila terpilih sebagai juri bagi mewakili negara di Festival Filem Antarabangsa Malaysia Ke-6.
Zizan berkata, pelantikannya itu bukan sahaja dapat mengembangkan lagi rangkaiannya dalam industri seni, malah berharap agar ada kolaborasi dari negara-negara serantau pada masa akan datang.
“Saya berasa amat bertuah kerana dipilih mewakili Malaysia untuk menjadi juri di Festival Filem Antarabangsa Malaysia kali ke-6. Melalui edisi kali ini, saya akan bersama juri-juri dari negara Hong Kong, Vietnam, Jepun dan Singapura.
“Saya berharap sesi ini juga menjadi tempat untuk bersuai kenal dan bertukar-tukar pandangan tentang industri perfileman atau mungkin ada peluang untuk bekerjasama dengan pemain industri dari negara lain,” katanya kepada Gempak.
MIFFest Ke-6 secara rasminya bermula pada 23 hingga 30 Julai dengan tayangan selama tujuh hari diadakan di GSC MyTown, Kuala Lumpur.
Anugerah tersebut akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Julai depan pada pukul 8 malam.
BACA: Zizan Razak Dilantik Panel Juri Festival Filem Antarabangsa Malaysia Ke-6 - "Dia Versatil, Pelakon Bertaraf Dunia"
BACA: Ini Sebab Kenapa Zizan Razak Setuju Untuk Berlakon Dalam Merewang Keluarga Pak Awang - “Bila Dengar Ada…”​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Hiburan

MIFFest 2024: Zul Ariffin Antara Juri, Hirokazu Kore-eda & Christine Hakim Pula Bakal Terima Anugerah Pada Malam Kemuncak

gempak
25/06/2024
06:02 MYT
Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) telah mengumumkan barisan programnya untuk edisi ke-7 yang dinanti-nantikan, yang akan mengubah Kuala Lumpur menjadi syurga sinematik dari 21-28 Julai 2024. Dengan rangkaian filem yang luar biasa, MIFFest terus meraikan semangat pawagam Malaysia dan antarabangsa.
Hiburan

"Masuk Rumah Dia Rasa Lain" - Terkesan Nenek Sudah Meninggal Dunia, Zizan Razak Jarang Balik Beraya Di Terengganu

gempak
12/04/2024
01:55 MYT
Al-fatihah untuk arwah nenek Zizan.
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Sherry Alhadad Masak Untuk Zizan Razak, Ini Resipi Penuh Sup Tulang Merah

gempak
23/03/2024
08:55 MYT
Wah pandai dah Sherry masak.
Hiburan

Hadiahkan Ibu Kereta Mewah, Zizan Razak Tak Ada Niat Nak Menunjuk – “Material Bukan Keutamaan”

gempak
23/03/2024
01:55 MYT
Berjaya merealisasikan impian ibu untuk memiliki sebuah kereta berjenama mewah, pelakon dan pelawak, Zizan Razak tidak pernah menjadikan material sebagai salah satu cara menggembirakan hati ibu bapa. Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 40, pemberian kereta baru-baru ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya