Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Wakili Malaysia Sebagai Juri MIFFest Ke-6, Zizan Razak Harap Impak Positif Terhadap Industri Perfileman Tanah Air

Izwan Isa
25/07/2023 07:50 MYT
Pelakon utama Polis Evo 3, Zizan Razak mengakui berasa sangat bertuah apabila terpilih sebagai juri bagi mewakili negara di Festival Filem Antarabangsa Malaysia Ke-6.

Zizan berkata, pelantikannya itu bukan sahaja dapat mengembangkan lagi rangkaiannya dalam industri seni, malah berharap agar ada kolaborasi dari negara-negara serantau pada masa akan datang.

“Saya berasa amat bertuah kerana dipilih mewakili Malaysia untuk menjadi juri di Festival Filem Antarabangsa Malaysia kali ke-6. Melalui edisi kali ini, saya akan bersama juri-juri dari negara Hong Kong, Vietnam, Jepun dan Singapura.



“Saya berharap sesi ini juga menjadi tempat untuk bersuai kenal dan bertukar-tukar pandangan tentang industri perfileman atau mungkin ada peluang untuk bekerjasama dengan pemain industri dari negara lain,” katanya kepada Gempak.

MIFFest Ke-6 secara rasminya bermula pada 23 hingga 30 Julai dengan tayangan selama tujuh hari diadakan di GSC MyTown, Kuala Lumpur.

Anugerah tersebut akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Julai depan pada pukul 8 malam.

BACA: Zizan Razak Dilantik Panel Juri Festival Filem Antarabangsa Malaysia Ke-6 - "Dia Versatil, Pelakon Bertaraf Dunia"

BACA: Ini Sebab Kenapa Zizan Razak Setuju Untuk Berlakon Dalam Merewang Keluarga Pak Awang - “Bila Dengar Ada…”​

#Zizan Razak #MIFFest
;