Laman Utama

Waktu Netflix Indonesia Pertaruh Karya-Karya Hebat Joko Anwar, Timo Tjhahjanto, Shanty Harmayn

Izwan Isa
06/09/2022
11:50 MYT
Minggu lalu, Netflix mengumumkan barisan baharu filem dan siri original dari Indonesia. Merangkumi pelbagai genre, iaitu thriller sci-fi, komedi, hingga drama berlatarkan masa lampau, tujuh rancangan ini diumumkan buat pertama kali di rancangan Waktu Netflix Indonesia.
Ketua Kandungan Netflix Indonesia, Rusli Eddy berkata, selari perkembangan penghasilan naskhah filem Indonesia sejak akhir-akhir ini sehingga berjaya menarik perhatian umum dari seluruh dunia.
“Industri filem Indonesia telah berkembang dengan sangat pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Semakin ramai pencipta dan cerita dari Indonesia menyita dan menarik perhatian penonton dan pengkritik dunia.
"Waktu Netflix Indonesia mempersembahkan cerita yang tulen dan unik, sebuah perwakilan dari negara yang kaya dengan cerita dan budaya, yang dipersembahkan oleh pembikin filem yang karya mereka telah memberi impak besar kepada industri filem kita," katanya.
Sejak Netflix tiba di Indonesia pada 2016, kisah-kisah mempesona dari republik itu seperti Ali & Ratu Ratu Queens dan Penyalin Cahaya telah menawan hati penonton. Siri tajuk terbaharu ini mencerminkan komitmen Netflix untuk menggalakkan industri kreatif Indonesia membangunkan karya menarik dan membawanya ke dunia.
Filem komedi aksi pertama Timo Tjahjanto iaitu The Big 4 bakal ditayangkan pada penghujung tahun ini. Filem ini berkisar tentang seorang detektif yang mematuhi undang-undang yang bekerjasama dengan beberapa pembunuh bayaran untuk menyiasat kematian bapanya.
“Saya teruja kerana dapat menceritakan kisah ini kepada dunia melalui Netflix. Tidak sabar rasanya untuk filem ini ditonton oleh semua orang di Indonesia dan seluruh dunia,” kongsinya..
Shanty Harmayn bersama pengarah Kamilia Andini dan Ifa Isfansyah bakal mempersembahkan sebuah drama bersiri berjudul Gadis Kretek, berkisarkan kisah cinta yang berlatar belakangkan perkembangan industri kretek dan peristiwa lampau di Indonesia.
“Berasal dari Indonesia, saya percaya kisah indah ini boleh dinikmati penonton di mana-mana sahaja,” kata Shanty.
Pengarah Joko Anwar pula menjanjikan sebuah siri thriller sci-fi Nightmares and Daydreams, berkisarkan tentang manusia biasa yang mengalami pelbagai kejadian aneh yang mungkin mampu menjawab asal usul dunia kita.
Mempersembahkannya dengan pelbagai plot, cerita-cerita ini akhirnya berkait dan mencapai penghujung dramatik.
“Indonesia mempunyai banyak cerita yang luar biasa dan unik. Saya sentiasa berminat untuk memperkenalkannya kepada dunia termasuk siri cerita baharu ini,” kata Joko.
Dalam pada itu, kandungan lain yang diumumkan termasuklah Dear David, kisah remaja yang luar biasa karya Muhammad Zaidy dan sutradara Lucky Kuswandi; komedi situasi unik Klub Kecanduan Mantan dari Salman Aristo; Hari Ini Akan Kita Ceritakan Nanti sebagai rangkaian terbaru dari semesta Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (One Day We’ll Talk About Today) dari sutradara Angga Dwimas Sasongko; serial Komedi Kacau dari penulis Raditya Dika yang menghadirkan kisah di balik layar dunia komedi serta sebuah projek mengujakan bersama penulis dan sutradara Ernest Prakasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Benarkah Penantian Siksa Kubur Sudah Berakhir?

gempak
29/05/2024
05:03 MYT
Persoalan peminat di Malaysia untuk tarikh tayangan filem terbaru Joko Anwar, Siksa Kubur (yang diubah tajuk menjadi Siksa) kini terjawab.
Filem

Sheriff: Dapat Sokongan Padu Tayangan Di Indonesia, Joko Anwar Pun Tak Sabar Nak Tonton

gempak
23/05/2024
08:30 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta sejarahnya apabila menembusi pasaran Indonesia dan dijadualkan tayangannya bermula hari ini, 23 Mei 2024.
Laman Utama

Lokasi Penggambaran Pengabdi Setan 2 Tular, Rumah Pangsa Seram Ditutup! Rupanya Dah Lama Tak…

gempak
11/08/2022
14:00 MYT
Tempat larangan tu la paling ramai nak pergi.
Laman Utama

[VIDEO] Pengabdi Setan 2 Shooting Di Apartment, Tara Basro: “Ibaratnya Syaitan Ada Di Mana Mana”

gempak
17/06/2022
14:52 MYT
Filem seram arahan sutradara terkenal Indonesia, Joko Anwar, Pengabdi Setan 2: Communion akhirnya ditayangkan kepada karyawan seni tempatan.
Laman Utama

“Dia Datang Lagi..” - Bront Palarae Mengesahkan Filem Pengabdi Setan 2 Communion Akan Kembali Tahun Ini

gempak
07/01/2022
12:35 MYT
Katanya makin seram!