Hiburan
"Waktu Ni 'Mahar' Buatmu, Hanya Janjiku..." - Alahai Sweet Sangat Ucapan Aeril Buat Wawa Ketika Bernikah
Mungkin ramai yang tidak tahu, pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dibuat secara rahsia pada tahun 2013.
Sebab utamanya adalah kerana dikatakan kontrak Wawa dengan syarikat yang mewakilinya ketika itu tidak membenarkan Wawa bercinta atau berkahwin dalam tempoh kontrak yang ditandatangani.
Namun jodoh itu ketentuan Illahi dan sudah menjadi jodoh mereka untuk bersama mendirikan rumah tangga.
Pada satu entri di Instagramnya, Aeril berkongsi sekeping gambar yang dipercayai pada majlis pernikahan mereka. Gambar tersebut menunjukkan Aeril menyarungkan cincin pada jari manis Wawa.
"waktu ni 'mahar' buatmu, hanya janjiku untuk menjaga, melindungi dan membahagiakanmu," tulis Aeril pada entri tersebut.
Ramai yang memuji betapa bahagianya mereka sekarang ini dan mendoakan semoga kebahagiaan mereka berpanjangan hingga ke Jannah.
Hasil perkahwinan Aeril dan Wawa, mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Kredit Gambar: Instagram
Must-Watch Video