gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Dolla Di Latihan Pestapora, Tanya Mana Etika Pemakaian - “Kenapa Artis Luar Buat Konsert Ada…”
HIBURAN
Tiada Lagi Kelibat 'Oyen' Depan Kedai Nasi Ayam Shiha Zikir - "Saya Harap Ada Orang Boleh Jaga Dia Dengan Baik"
VIRAL
Kerap Dipukul Sebulan Nikah, Isteri Penggal Kepala Suami Buang Di Sungai
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

"Waktu PKP Ni Tak Ada Kerja..." - Lufya Omar Duduk Rumah, Cuba Berniaga Jual Kek

ZULHILMI JALIL
ZULHILMI JALIL
14/01/2021
07:15 MYT
Sponsor Banner
"Waktu PKP Ni Tak Ada Kerja..." - Lufya Omar Duduk Rumah, Cuba Berniaga Jual Kek
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, industri hiburan antara yang terkesan sama apabila kegiatan seni termasuk penggambaran tidak dibenarkan.
Justeru, dalam tempoh itu juga, ramai antara penggiat seni yang terpaksa berehat seketika dengan menghabiskan masa yang ada dengan duduk di rumah.
Begitupun, bagi pelakon Lufya Omar, dia mengambil kesempatan dengan masa yang ada untuk menceburkan diri dengan mencuba nasib dengan berniaga kek.
"Waktu PKP ni tak ada kerja duduk rumah Fya buatlah kek durian Musang King di rumah.
"Bagi penggemar durian ini memang akan gulp (terliur). Kek durian ini ialah kek premium ya. Sokonglah perniagaan baru ibu tunggal ni," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Menerusi entri tersebut, kelihatan beberapa jiran di kawasan perumahannya juga diajak sama untuk merasai sendiri kek yang dihasilkannya itu.
"Mereka kebetulan tengah jogging di belakang rumah, kita panggil la buat food testing (mencuba makanan)," katanya.
Dalam video tersebut, ternyata, jiran-jiran yang hadir ke rumahnya untuk mencuba pertama kali memuji keenakan kek yang dihasilkan oleh Lufya itu.
View this post on Instagram
A post shared by Lufya (@lufyalaana)
Sebagai info, tempoh PKP akan berlangsung selama 14 hari sehingga 26 Januari ini.
Dalam tempoh itu juga segala aktiviti penggambaran tidak dibenarkan dilakukan di enam negeri yang menjalani PKP.
Foto kredit: Instagram @lufyalaana
Topic Berkaitan
#pelakon
#Lufya Omar
#Berniaga
#Kek
#PKP
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement