"Walau Beratus Ribu Kenang Aku Sebagai Panas Baran & Ego Namun ..." - Sharnaaz Ahmad Makin Sensitif, Kenapa Tu?

Amri Hassan
Februari 19, 2019 07:17 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kesal terhadap tuduhan segelintir individu yang menyifatkannya sebagai individu panas baran dan ego tinggi.
Kata Sharnaaz, hanya yang benar-benar mengenalinya secara peribadi tahu sikap sebenarnya.
"Banyak sungguh fitnah dan menjatuhkan terang terangan zaman sekarang. Cakap guna mulut dan jari sesuka hati, tak takut ke?
"Saja nak tahu tu... Pernah dengar 'mati mengejut', minta dijauhkan dari semua sahabat saya di sini.
"InsyaAllah, walau beratus ribu di luar sana akan kenang aku sebagai seorang panas baran dan ego, namun yang mengenali aku secara depan akan mengenang aku dgn berbeza bila aku tiada nanti," tulisnya.

InsyaAllah,walau beratus ribu diluar sana akan kenang aku sebagai seorang panas baran dan ego, namun yg mengenali aku secara depan akan mengenang aku dgn berbeza bila aku tiada nanti. Amin.

— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) February 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sharnaaz menjawab tuduhan pengguna akaun Twitter yang mendakwa susah untuk menjaga lelaki yang punyai ego yang tinggi sepertinya.
Status semasa akaun media sosial Sharnaaz terus menjadi tanda tanya netizen apabila sering memuat naik kata-kata sedih dan meluahkan kekecewaan.
#pelakon #Sharnaaz Ahmad #Pelakon #Twitter