gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Lelaki Dipenjara 40 Tahun, 24 Sebatan Bunuh Ibu Bapa
BERITA
Mangsa Nahas Bas Gerik Alami Cacat Kekal - Noraini
HIBURAN
Aiman Ameer Bergegas Pulang Ke Johor, Bapa Kritikal Di ICU Akibat Serangan Jantung - “Doktor Kata Macam Tiada Harapan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ASTRO GEMPAK ARTICLE

“Walau Kau Bagus Waktu Uji Bakat, Belum Tentu Kau Dapat” - Azizul Ammar

gempak
gempak
18/06/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
“Walau Kau Bagus Waktu Uji Bakat, Belum Tentu Kau Dapat” - Azizul Ammar
Pelakon, Azizul Ammar meluahkan rasa berang dengan senario sesetengah sesi uji bakat lakonan yang didakwa tidak bersikap telus.
Menerusi perkongsian di Instastory, Ammar atau Azizul Ammar Abu Hassan, 38, berkata sebagus mana sekalipun seseorang itu mempamerkan bakat ketika uji bakat, belum dijamin akan terpilih.
"Antara benda paling bulls**t dalam casting di Malaysia ini, walau kau bagus waktu uji bakat terbuka, umum suka, khalayak bertepuk, pengarah cakap bagus, belum tentu kau dapat.
“Oleh itu, jangan jadi bagus,” kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi perkongsian, Ammar turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap penganjur ujibakat yang hanya menjadikan individu lain sebagai bahan konten.
"Ada yang panggil uji bakat tertutup tapi suruh bersedia dengan dialog karakter ini, sekali bila dah sampai suruh tukar dialog pula.
"Kalau dah ada orang yang memang kau dah letak dalam senarai pelakon kau, kau tak payah lah buat uji bakat tertutup atau terbuka.
"Kau ingat semua yang datang itu bahan konten ‘ketelusan casting’ kau ke bangs*t. Orang datang pakai duit nak bayar itu dan ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video