Hiburan

"Walau Suara Saya Seperti Perempuan Tapi Saya Suka Perempuan" - Ikhwan Fatanna Nafi Minat Kaum Sejenis!

gempak
Amri Hassan
15/10/2019
02:17 MYT
Sponsor Banner
"Walau Suara Saya Seperti Perempuan Tapi Saya Suka Perempuan" - Ikhwan Fatanna Nafi Minat Kaum Sejenis!
Penyanyi dan komposer Ikhwan Fatanna menafikan dakwaan bahawa dia meminati kaum sejenis gara-gara jarang berkongsi kisah peribadi.
Jelas Ikhwan, biarpun suaranya sering disamakan seperti wanita, nalurinya masih utuh dan normal.
"Walaupun orang kata suara saya macam perempuan tetapi saya normal dan menyukai perempuan.
"Saya pernah berkenalan dengan beberapa orang wanita cuma hubungan itu tak berjaya.
"Jadi, cara saya nak tolak rasa kecewa dengan memfokuskan pada kerjaya, kerana itulah ada antara lagu-lagu sedih saya menceritakan pengalaman hidup," katanya kepada Gempak.
Ikhwan ketika ditemui pada acara larian Megaklinik Zahran Fun Run Heart for Heart di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini menafikan dirinya fobia dengan kegagalan kisah cinta lampau.
"Saya tidaklah fobia cuma saya nak fokuskan pada kerja. Apabila situasi (percintaan) itu gagal, ia akan mengganggu konsentrasi saya sebenarnya.
"Jadi, apabila saya fokus bekerja, saya akan melupakan perkara itu sekejap.
"Buat masa sekarang saya akan terus mencari individu terbaik untuk jadi teman hidup saya dan terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja," tambahnya.
Sementara itu, pada acara sama, Ikhwan turut mendendangkan beberapa lagu popularnya seperti Bismillah, Jannah dan lagu terbaharunya Tik Tok.
Acara larian tahunan kali ketiga anjuran Megaklinik Zahran itu mendapat sambutan hangat tahun ini apabila disertai lebih 1,500 peserta larian untuk kategori 3KM, 5KM dan 10KM.
Selain Ikhwan, acara larian itu disertai Ashraf Muslim bersama keluarganya dan PU Danial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live