Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Walaupun Berdepan Pelbagai Risiko…”- Suami Ke Syria, Yatt Hamzah Minta Doakan…

Syafiqah Jalal
12/11/2020 06:04 MYT
Pelakon Yatt Hamzah memaklumkan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khairuddin dipanggil untuk menyertai misi kemanusiaan musim sejuk di Syria.

Menurut Yatt misi kali ini agak berisiko kerana ia dijalankan ketika pandemik Covid-19 sedang mengganas di seluruh dunia.

“Suami saya dipanggil ke Syria lagi untuk misi kemanusiaan musim sejuk. Misi November 2020 kali ini luar biasa sikit kerana ia dilaksanakan di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang masih belum surut, dan terpaksa ambil masa yang panjang dari biasa,” katanya.

Yatt berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama, dia memuat naik foto suaminya bersama dua bagasi sebelum berangkat ke sana.

Kata Yatt, meskipun ia agak membahayakan diri suaminya, namun dia merelakan demi membantu umat Islam yang memerlukan.

“Walaupun berdepan pelbagai risiko bahaya, namun kerja-kerja membantu ummah perlu diteruskan.

“Dari awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang pertama bermula bulan Mac 2020 lagi, dia dan team @mapimofficial jarang sekali duduk rumah.

“Pusing satu Malaysia sebagai frontliner untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan akibat pandemik.

“Sekarang tiba masa untuk membantu rakyat Syria pula yang memang sentiasa dekat di hatinya dan hati saya juga. Kasih kami terhadap saudara Islam di Syria dan Palestin memang luar biasa setelah banyak pengalaman berada di bumi para Anbiya itu,” katanya lagi.

Yatt turut meminta semua mendoakan agar perjalanan dan misi suaminya diselamatkan.

“Sebelum itu, saya mohon sangat doakan suami Mohd Zulfadhli Khiruddin dan teamnya, selamat pergi dan pulang, dan pengorbanannya meninggalkan anak-anak dan isteri demi panggilan jihad ini diredai dan diberkatiNya,” pintanya.

Terdahulu, Zulfadhli terpaksa menangguhkan pemergian ke Syria pada Januari lalu untuk berada di sisi Yat yang itu ketika melahirkan anak keempat mereka.



Sekadar info, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Dalam perkahwinan kedua Yatt itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha.

Sementara dalam perkahwinan pertamanya yang terdahulu, Yatt mempunyai seorang lagi anak iaitu Suci Hanania Malika.

Suami Bonda @zulfadhli_khiruddin dipanggil ke Syria lagi utk misi Kemanusiaan Musim sejuk. Misi Nov 2020 kali ini luar biasa sikit kerana Misi dilaksanakan di tengah2 Pandemik Covid-19 yg masih belum surut, dan terpaksa ambil masa yg panjang dari biasa.. Walaupun berdepan pelbagai risiko bahaya, namun kerja2 membantu Ummah perlu diteruskan. . Dari awal2 PKP yg pertama bermula bulan Mac 2020 lagi, dia dan team @mapimofficial jarang sekali duduk rumah. Pusing 1 Malaysia sbg Frontliner utk membantu rakyat yg dlm kesusahan akibat pandemik. . Skrg tiba masa utk membantu rakyat Syria pula yg mmg sentiasa dekat di hatinya dan hati Bonda juga. Kasih kami terhadap saudara2 seIslam di Syria dan Palestin mmg luar biasa setelah banyak pengalaman berada di bumi para Anbiya itu. . Kalau kalian inginkan latest update keadaan mereka (rakyat Syria) di sana saat pandemik ini, KOMEN NAK dan In shaa Allah Bonda akan share dari semasa ke semasa. . Sebelum itu, Bonda mohon sgt doakan suami Bonda Mohd Zulfadhli Khiruddin dan teamnya, selamat pergi dan pulang, dan pengorbanannya meninggalkan anak2 dan isteri demi panggilan Jihad ini diredhai dan diberkatiNYA. Aamiin. . . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #sharingiscaring #husband #suami #jihad #misibantuan #misikemanusiaan #mapim #alhamdulillah #Subhanallah #Alhamdulillah #ALLAHUAKBAR

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on

#pelakon #Yatt Hamzah #Pelakon #Suami #Syria #Bantuan #Misi
;