Isu Koronavirus pastinya telah menjadi isu utama seluruh dunia ketika ini apabila telah meragut ribuan nyawa.

Paling terkesan pastinya penduduk negara China apabila ramai yang dikuarantinkan demi keselamatan bersama.

Terbaru, satu video memaparkan seorang pesakit dari China yang dikuarantikan di kediamannya telah viral di media sosial.

Apa yang menarik, pesakit dikenali sebagai Pan Shanchu dilihat melakukan larian di dalam bilik rumahnya sebanyak 6,250 pusingan.

Jumlah berkenaan dikatakan sama dengan jarak hampir 50 kilometer.

Paling mengagumkan, senaman itu dilakukan dalam tempoh lima jam.

Menerusi laman Weibo, Pan menjelaskan dia sudah berada di dalam rumahnya terlalu lama.

"Saya tak keluar rumah banyak hari dah, jadi hari ini saya tidak mahu duduk saja. Jom lagi mengelilingi dua meja ini," katanya.

Untuk rekod, Pan antara jutaan penduduk China yang diarahkan untuk tidak keluar dari kediaman mereka susulan kes Koronavirus.

Menerusi laporan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga semalam kes Koronvirus di China telah mencecah sehingga 44,388.

Jumlah kematian pula mencecah 1,111 individu.

Malaysia pula sehingga kini mencatatkan 18 kes tanpa sebarang rekod kematian.