Pelakon Datuk Fizz Fairuz bersyukur kerana rumah tangga yang dibina bersama isterinya Datin Almy Nadia kini sedang mencecah usia tujuh tahun.

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada 26 April semalam, Fizz memberikan ucapaan khas yang pendek tetapi cukup bermakna dan lucu buat isterinya.

“26 April 2015 , Masjid Balik Pulau.. hahaha.. fuhhh.. best dooo.. now dah 7 tahun.. Happy Anniversary 7 year @almynadiaofficial hehehe..

“7 tahun dah,cukup 10 tahun dapat bonus hahaha.. alhamdulilahh,pahit manis,gaduh baik,merajuk bagai,pujuk lari,semua ada lah..

“Tapi maintain cover baik punya.. terima kasih sayang, jadi wife yang terbaik untuk saya. Walaupun garang macam singa, tapi saya senyum jer.. hahahah yakk yakkk yeayyyyy .. gambar last legend.. hahahaha,” katanya.

Fizz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Fizz memuat naik foto perkahwinan mereka.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan mereka.

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)