Berita
"Walaupun Masing-Masing Ada Kekurangan, Namun..." - Definisi Raya Fikri Ibrahim
Pelakon popular, Fikry Ibrahim berkongsi pengertian Hari Raya bagi dirinya.
Menurut Fikry, dia amat menghargai detik-detik bersama keluarga ketika menyambut lebaran.
"Bagi saya, Hari Raya akan sempurna jika kita dapat berkumpul beramai-ramai bersama insan-insan yang disayangi.
"Saya amat menghargai detik bersama keluarga, walaupun masing-masing ada kekurangan, namun kekurangan itulah yang kita jadikan kelebihan agar kita sentiasa rasa bersyukur kepada Tuhan.
"Mungkin kita tak dapat beraya dengan apa yang kita mahu, tapi bagi saya cukuplah sekadar dapat menyambutnya dengan ahli keluarga yang dicintai," katanya kepada Gempak.
Sedikit info mengenai Fikry, pelakon kelahiran Kedah ini mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2016 dan masih terus mempertahankan popularitinya sehingga kini.
Must-Watch Video