Hiburan

“Walaupun Tak Selalu Show Off Happy Family…” -Aril Pilus Terharu Isteri Tak Jemu Beri Kejutan Birthday

gempak
Mya Amri
06/11/2019
09:12 MYT
Sponsor Banner
“Walaupun Tak Selalu Show Off Happy Family…” -Aril Pilus Terharu Isteri Tak Jemu Beri Kejutan Birthday
Penyanyi Aril Pilus akui terharu dengan isteri kesayangannya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin yang sering membuatkan dirinya bahagia.
Menerusi akaun Instagramnya, Aril meluahkan rasa terima kasih kepada isteri kerana tidak jemu memberikan kejutan sempena hari lahirnya.
Malah menerusi coretannya, Aril juga sempat bergurau dengan memberitahu hasratnya mahu menimang cahaya mata kedua.
“Kepada isteriku, terima kasih sebab tiap-tiap tahun pun ada surprise cake untuk laki awak ni, walaupun sedih nak menyambut hari semakin tua ni! Jiwa saya tetap muda macam budak 16 tahun.
“Terima kasih sekali lagi dan doakan saya semoga sihat, dilimpahi rezeki Allah S.W.T dan paling penting, bila nak bikin anak no 2 ni!? Asyik berpagar je bahahahaha!!!
“Love you so much! Walaupun kita tak selalu sangat show off happy family kat media sosial ni, yang penting kita doa banyak-banyak semoga keluarga kita bahagia hingga ke Jannah Insya-Allah. Amin.” tulisnya.
Terdahulu, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus mendirikan rumah tangga bersama Puteri Erma Edlinda pada 20 Disember 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael pada 24 November 2015.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live