Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Walaupun Terpaksa Menunggu 10 Tahun..." - Achey Beli Rumah Tiga Tingkat

Badrul Hashim
23/07/2020 07:26 MYT
Pelakon, pelawak dan usahawan Achey Bocey ternyata bersyukur dan gembira apabila impian untuk memiliki kediaman sendiri buat keluarganya tercapai.

Rumah teres tiga tingkat yang terletak di Sungai Buloh, Selangor bakal diduduki selepas sambutan Hari Raya Aidladha nanti.

"Allah yang susun. Bukan perkara yang perlu saya bangga-banggakan sebab semua milik-Nya. Hakikatnya masih hutang. Tapi benar kata ibu bapa, guru-guru sekolah dan nasihat-nasihat orang lama, menyimpan untuk masa depan.



"Setiap perkara kita buat mesti ada target. Walaupun 10 tahun. ASB, motosikal dan beberapa kehendak yang kami ada kami cairkan untuk renovasi. Tinggalkan keperluan dalam hidup dan untuk pekerjaan," tulis Achey di Instagram miliknya.

Rumah yang masih dalam proses renovasi itu dikatakan tidaklah semahal mana dan tidak dibeli secara tunai.

"Rumah tak mahal mana. renovasi pun tak semahal mana, tapi kalau ada orang yang pakar, boleh dapat renovasi rumah cantik pada kos yang rendah.

Mesti ada yang nak tau jugak syarikat mana yang buat renovasi rumah kan? Esok okay. In shaa Allah, mana yang nak tau esok kita up gambar depan rumah," tulis Achey lagi.

Baca: "Walau Bukan Dari Rahim Isteriku Tapi ..." - Achey Syukur Kehadiran Anak Angkat, Dapat Merasa Gelaran Ayah 'Segera'

Achey atau nama sebenarnya Mohd nasir Hamzah berkahwin dengan Nor Hasanah Yahya pada 2011, dan mempunyai seorang cahaya mata, Nur Tiara Zinnirah.

#Achey Bocey #Rumah