Laman Utama

"Wallahi, Saya Tak Tengok Content Sajat" - Atiq Azman Nafi Tiru Live Masak-Masak Sajat

gempak
Amri Hassan
24/09/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
"Wallahi, Saya Tak Tengok Content Sajat" - Atiq Azman Nafi Tiru Live Masak-Masak Sajat
Pelakon Atiq Azman menafikan dakwaan segelintir warganet bahawa dia meniru konten memasak live sepertimana usahawan viral Nur Sajat.
BACA: Raja Atiq Dituduh Tiru Sajat Masak Secara Live Sambil Minta Resepi Penonton
Tegas Atiq menjawab pertanyaan netizen; "Wallahi, saya tak tengok content Sajat dan saya tak tahu dia buat content macam ni juga."
Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram Stories, Atiq memaklumkan sebab musabab dirinya mula berjinak-jinak dengan konten memasak live.
"Aku dah lama nak belajar masak, ye betul memang sangat banyak tutorial dekat YouTube, TikTok dan platform lain. Banyak sangatlah orang kata. Yang menjadi permasalahan sekarang ni 'ini trend tiru content Sajat ke apa?'.
"Aku tahu kau netizen, nak cari masalah orang je. Yelah, nak tak nak aku kena hadap sebab public figure kan. Yang aku pelik, kau tak tahu apa tiba-tiba masuk live aku screenshot buat fitnah sana sini cakap aku tiru content Sajat.
"Habis kau tiru apa pula? Trend tiru content fitnah-fitnah orang ke?" katanya.
Malah, ujar Atiq sebelum Sajat konsep memasak live sudah dibikin oleh ramai content creator di pelbagai platform.
"Before Sajat buat content memasak, dah beribu orang dah buat benda ni, yang kau nak koyak nak benci sangat kenapa? Jangan ingat aku koyak buat statement ni pula.
"Sebab aku lagi suka orang macam kau fitnah aku, Tuhan balas balik naikkan viewers aku. Sebelum apa-apa tengok dulu live orang, main beduk je fitnah ish...," tambahnya.
Selain itu, disebabkan perbelanjaan yang tinggi juga, Atiq memilih untuk memasak sendiri hidangan di rumah berbanding membeli dari restoran luar.
"Last aku nak cakap, sebab apa aku buat live memasak, sebab aku hari-hari makan Foodpanda, Grab lagi dengan harga RM80 lebih dengan aku kuat makan. Kau darablah sebulan berapa. Belum sewa rumah, bil api lain-lain lagi. Belum plus dinner luar lagi apa semua.
"Jadi, aku buat keputusan nak masak untuk jimat kos. Aku ni lelaki tak pandai masak, barang dapur pun tak ada weh. Ni semua baru beli, so aku excited la benak adu," tegasnya.
Terdahulu, Sajat yang menetap di Australia mendapat perhatian luar biasa daripada warganet setiap kali sesi memasak secara live di TikTok.
Kek Batik, kuih Seri Muka, Nasi Ayam Claypot antara menu yang berjaya dibikin Sajat berpandukan arahan dariapda pengikutnya di media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live