Laman Utama
Raja Atiq Dituduh Tiru Sajat Masak Secara Live Sambil Minta Resepi Penonton
Usahawan kontroversi, Nur Sajat cukup dikenali sebagai individu yang sering menggunakan platform media sosial untuk bersiaran langsung.
Kerap menjadikan platform TikTok sebagai mediumnya untuk berbicara dengan netizen, Sajat juga kerap meraih perhatian umum menerusi kelucuan dan kata-kata berbisanya.
Terbaharu, Sajat sekali lagi viral dan menjadi bahan bualan ramai orang selepas menjadikan medium siaran langsung (live) di TikTok sebagai tempat untuk belajar memasak.
Sehinggalah, beberapa klip video yang memperlihatkan dirinya menangis kerana berjaya membikin kuih seri muka dan mengakui rindu air tangan ibu dikongsi oleh ramai pengguna di alam maya.
Seperti mengikut jejak langkah Sajat, pelakon Raja Atiq turut dilihat bersiaran langsung dan melakukan aktiviti memasak sambil ditemani pengikutnya.
Ada juga dalam kalangan netizen yang memerli Raja Atiq kerana didakwa meniru ‘trend’ yang kononnya dimulakan oleh sajat.
“Ni semak bodoh, aku tengok dia masak sotong pun nak tanya orang. Lepas tu ikut base on apa orang komen. Apa benda bodoh engkau pergilah Google. Kenapa eh makin lama makin benak manusia sekarang kat live TikTok ni?”
Menyedari kritikan itu, Raja Atiq sempat memberikan pejelasan:
“Saya tak tengok content Sajat, dan saya tak tahu dia buat live macam ni… saya tak tahu,” katanya ringkas.
Must-Watch Video