Jika sebelum ni Walt Disney Co. mengumumkan perancangan memberhentikan seramai 28,000 pekerja pada September, namun yang terbaru jumlah tersebut meningkat kepada 32,000 orang.

Bagaimanapun mengikut perancangan Disney perancangan tersebut mungkin berlaku menjelang akhir Mac 2021 akibat penularan Covid-19.

Hal itu dinyatakan dalam makluman kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat pada Rabu.

Disney dianggarkan memiliki 223,000 orang pekerja, menurut laporan tahunan terbaharunya.

Gergasi media dan hiburan itu memberi amaran bahawa mereka mungkin juga dipaksa untuk memotong dividen pada masa depan, dan mengurangkan atau memtong pelan perubatan pencen dan persaraan.

Mereka juga bercadang untuk mengurangkan pelaburan dalam produksi televisyen dan filem.

"Beberapa langkah ini mungkin memberi kesan buruk kepada perniagaan kami," kata Disney (DIS) dalam makluman tersebut.

Kesemua 12 taman Disney di Amerika Utara, Asia dan Eropah ditutup antara bulan Mac dan Mei.

Walaupun Disney telah membuka semula taman tema di Shanghai dan Florida, taman utamanya di California akan ditutup sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun 2020.

Disneyland Paris pula terpaksa ditutup semula akhir bulan lalu suslan perintah berkurung kedua di negara terbabit.

Sumber: Astro Awani