HIBURAN
Wanita Berpurdah Bukan Nur Nilam Ortiz, Berang Dituduh Sengaja Cipta Konten Untuk ‘Marketing’ - “Saya Andaikan Mereka Mungkin Dah…”
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menafikan dia adalah wanita yang memakai purdah dalam video tular bersama suaminya itu.
Takkan maafkan
Malah Nilam menerusi siaran langsung (live) di TikTok turut menegaskan dia tidak akan memaafkan mana-mana pihak yang memfitnah dirinya.
“Ramai kata itu saya, tapi itu fitnah dah saya takkan maafkan. Korang cakap la purdah itu aku, lantak korang. Korang hadap la fitnah yang korang cakap dekat aku,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Nilam turut membuat andaian dengan mendakwa kemungkinan suaminya dan wanita tersebut sudah berkahwin.
Sudah berkahwin
“Sebagai contoh, kita hanya bercerita… kalau kata dia sengaja muat naik video dia pakai purdah, sebab selama ini dia tak pernah muncul. Pertama, saya andaikan mereka mungkin dah berkahwin.
“Sebab perempuan akan berani kalau kata dia dah ada title (status). Perempuan takkan berani kalau belum ada title, mesti dia dah ada title.
“Kalau setahu saya, Komeng dia takut dengan bini… maksudnya kalau bini buat apa-apa, dia layankan saja,” kata Nilam.
Bukan 'marketing'
Menafikan sengaja mencipta konten untuk mempromosi produk minyaknya, Nilam memberitahu dia sudah tidak mempunyai kaitan lagi dengan syarikat ‘Nilam HQ’.
Nilam turut mendakwa kemungkinan wanita itu sengaja memuat naik video tersebut hanya mahu mengundang netizen untuk ‘menyerangnya’.
“Orang nak cakap hanya konten, sekarang ini aku ada minyak ke? Nilam HQ pun aku dah tutup, aku nak jual apa. Aku memang dah tak ada apa-apa dengan NIlam HQ.
“Aku berfikir, mungkin dia nak korang bash (kecam) aku. Sebab dia nak korang fikir aku yang nak buat konten. Sedangkan orang yang kenal aku, tahu itu bukan mata aku.
“Kalau kata korang terjebak, baguslah korang… korang fitnah aku, aku tak maafkan tau. Fitnah yang korang buat dekat aku, aku takkan ampunkan. Aku tak fitnah orang,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, satu hantaran di TikTok yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Maizila mencuri perhatian warganet apabila dia berkongsi gambar bersama pelakon Azlan Komeng.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Madu Nur Nilam Kongsi Gambar Dengan Azlan Komeng, Netizen Tak Percaya - “Kenapa Aku Tengok Pandangan Mata Tu…”
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Madu Datang Serang Dekat Rumah, Adik Nur Nilam Naik Angin - “Dah Suruh Buat Report Polis Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Menghilangkan Diri, Nur Nilam Sebenarnya Sedang…
Menerusi hantaran tersebut Maizila meluahkan rasa syukur kerana aktor itu sudi meluangkan masa dengannya meskipun sibuk dengan perniagaannya.
Lebih menarik perhatian, Maizila turut menggunakan #Future yang memberi bayangan bahawa dia mungkin bakal madu kepada isteri Azlan, Nur Nilam Ortiz.
Namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyangka wanita berniqab itu sebenarnya adalah Nilam sendiri dan menyifatkan ia sekadar gimik pemasaran semata-mata.