Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”
Umirah Halim
15/09/2024 05:11 MYT
15/09/2024 05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
“Saya sendiri dan berurusan dengan wakil TikTok, pihak polis dan peguam yang mengatakan konten saya tidak ada masalah,” ujarnya menerusi video tersebut.
Menerusi hantaran yang sama, Dya turut menegaskan bahawa konten berkenaan hanya sekadar lakonan semata-mata tanpa sebarang niat tidak baik terhadap anaknya
“Bayangkan saya mencari rezeki yang halal, tiba-tiba perkara begini terjadi saya sangat terkejut. Dengan buli siber yang teruk menghentam.
“Saya tak lihat di bahagian mana yang netizen rasa geli dan tak suka dengan konten kami. Konten itu hanya sekadar POV dan lakonan sahaja.
Susulan itu, Dya tampil membuat permohonan maaf kepada segelintir pihak yang berasa kurang senang dan sensitif.
“Saya faham mungkin isu berkaitan kanak-kanak hangat di luar sana sehingga menyebabkan netizen rasa sensitif dan cepat marah.
“Kepada netizen yang sudah salah faham dengan konten yang disampaikan, saya mohon maaf. Belum terdetik sedikit pun saya nak buat benda tidak baik kepada anak sendiri. Saya sama seperti ibu di luar sana, mahukan anak berjaya,” tambahnya lagi.
Terdahulu, selepas tular mengenai isu 'Abang Bas', akaun Tiktok Dya menarik perhatian netizen apabila menggunakan anaknya menjadikan anaknya sebagai konten 'Point of View '(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Meskipun mempunyai pertalian darah namun netizen beranggapan wanita tersebut tidak sepatutnya menjadikan ananya itu sebagai satu bahan kandungan media sosial. masih bawah umur sebagai konten.
Anggap Konten Tak Salah Undang-Undang
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Dya menjelaskan bahawa dia sudah berjumpa dengan pihak polis dan wakil peguam yang memberitahu konten dihasilkan itu tidak menyalahi undang-undang.“Saya ingin menjelaskan mengenai konten POV suami isteri yang saya lakukan dengan anak sendiri. Untuk pengetahuan, memang selama ini saya buat konten dengan anak dan tidak pernah timbul isu.
“Tetapi selepas isu seorang pemandu bas, netizen tarik sekali kami dan menyalahkan apa yang saya buat sekarang.“Saya sendiri dan berurusan dengan wakil TikTok, pihak polis dan peguam yang mengatakan konten saya tidak ada masalah,” ujarnya menerusi video tersebut.
Menerusi hantaran yang sama, Dya turut menegaskan bahawa konten berkenaan hanya sekadar lakonan semata-mata tanpa sebarang niat tidak baik terhadap anaknya
“Bayangkan saya mencari rezeki yang halal, tiba-tiba perkara begini terjadi saya sangat terkejut. Dengan buli siber yang teruk menghentam.
“Saya tak lihat di bahagian mana yang netizen rasa geli dan tak suka dengan konten kami. Konten itu hanya sekadar POV dan lakonan sahaja.
BERITA TRENDING: Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram
BERITA TRENDING: Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap
BERITA TRENDING: Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"
BERITA TRENDING: 7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin