Viral
Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
BERITA TRENDING: Remaja 14 Tahun Menyamar Sebagai Kakitangan Hospital Serdang Ditahan
Lelaki yang dikenali sebagai Thanaboon, 55, bagaimanapun ditahan pihak berkuasa selepas penduduk di kawasan Phetchaburi, Thailand membuat laporan sekumpulan doktor dipercayai melakukan penguguran haram di sebuah klinik di situ.Thanaboon malah ditahan sewaktu sedang memberi arahan kepada pembantu klinik berbangsa Myanmar memberi suntikan kepada pesakit.
Pada awalnya dia mengaku sebagai seorang doktor bertauliah namun penyamarannya terbongkar selepas pihak berkuasa yang menyerbu klinik miliknya di Phetchaburi Soi 31, Ratchathewi mendapati lelaki tersebut bukan seorang doktor selain tidak memiliki lesen mengendalikan perubatan.
Pihak berkuasa turut gagal menemukan data dan identiti Thanaboon sebagai salah seorang pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Thailand, lapor Bangkok Post.
Menerusi serbuan dilakukan, ada pesakit yang ditahan di wad pada tingkat atas klinik berada dalam keadaan teruk. Pihak berkuasa juga menemui banyak gambar ultarbunyi pelvis dan pesakit yang telah melahirkan anak di dalam telefon bimbitnya.
Thanaboon kemudian mengaku telah menjalankan perniagaan haram sebagai doktor yang tidak berdaftar sejak tahun 2004. Kliniknya di kawasan tersebut malah telah beroperasi selama 10 tahun.
Dia juga mendakwa pernah melakukan latihan perubatan sewaktu menjadi anggota tentera laut di sebuah hospital di Chon Curi selepas memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan pada 1989.
Dengan ijazah yang diperoleh dia menjalankan bisnes perubatan tanpa lesen untuk menambah pendapatan sejak tahun 2004.
Dia pernah ditahan pada 2009 selepas melakukan penguguran haram namun dijamin dan memulakan kembali operasi tanpa lesen selepas kesnya tamat tempoh.
BERITA TRENDING: Tunai Hajat Anak Nak Tengok Konsert K-Pop, Lelaki Didenda Menyamar Jadi Pengawal Peribadi Keluarga Diraja
BERITA TRENDING: Minta Bank In RM150, Scammer Menyamar Amir Jahari Kantoi Busuk! - "Jangan Sampai Ada Yang Terkena"
BERITA TRENDING: Individu ‘Menyamar’ Jadi Staff & Siap Dedah Jumlah Bonus Diterima, Khairul Aming - “Faham Nak Bergurau, Tapi…”
Must-Watch Video