,
Hiburan

Wanita Cantik Warga Malaysia Ini Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2019

Kamaruddin Razal
14/11/2018
12:26 MYT
Kimberley Ho, seorang warga Malaysia yang merupakan pengasas dan pengarah produk kecantikan Everedeen, tersenarai Forbes 30 Under 30 Asia 2019, sebagai penghargaan terhadap usahanya menghasilkan produk kesihatan kulit asli untuk kanak-kanak.
Menurut Forbes, Ho, 28 tahun pernah berkhidmat di Wall Street sebagai pelabur jenama konsumer apabila beliau menyedari keperluan untuk produk-produk asli yang selamat.
Majalah A.S berkenaan dipetik sebagai berkata Ho membuat keputusan untuk mengisi kekosongan di pasaran dengan memulakan perusahaan Everedeen pada Mac 2018.
Selepas dilancarkan, perniagaan Everedeen berjaya meraih RM8.3 juta, produk keluaran jenama ini mendapat penganugerahan dari Bobbi Brown dan Vogue. Ho membuat keputusan untuk berhijrah ke A.S. selepas menamatkan pelajaran di Universiti Stanford, A.S.
Selepas menamatkan pengajiannya, Ho berkhidmat di firma Goldman Sachs sebelum memulakan kariernya di Oaktree Capital.
Ho dalam temu ramah dengan majalah Forbes berkata beliau sering membeli produk bayi dari A.S untuk kenalannya di Asia.
Akhirnya, Ho menyedari kandungan produk-produk bayi berkenaan tidak selamat dan memudaratkan penggunanya.
Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.
Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang juga adalah antara tokoh terkemuka dalam bidang masing-masing.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar