,
Viral

Wanita Dakwa Ada Lelaki Rakam Video Bawah Kain Diam Diam Di Station LRT - “Saya Tak Akan Tuduh Kalau Tak Nampak”

Mya Amri
05/06/2024
05:55 MYT
Seorang wanita mendakwa ada individu lelaki yang merakamkan video di bawah kainnya dengan menggunakan kamera telefon pintar.

Rakam video bawah kain wanita

Difahamkan kejadian itu berlaku di laluan LRT Titiwangsa.
Hal itu kemudiaannya menjadi tular di platform X selepas wanita berkenaan mendedahkan perbuatan lelaki itu.
“Kepada sesiapan yang menaiki MRT/LRT, tolong berhati-hati dengan lelaki ini. Saya sudah membuat laporan polis. Jika ada sesiapa kenal tolong DM saya,” maklumnya.
Ciapan itu mendapat respon daripada keluarga lelaki berkenaan yang mempersoal tindakan wanita itu menuduh tanpa bukti selain menularkan wajah adiknya.
“Salam. Ini adik saya dalam video ini. Adik saya dah buat cover report dan dia dah cerita semua benda dekat saya.
“Kalau adik saya tak ada bukti lepas awak check. Kenapa nak viral sampai macam ni lagi kan. Sekian,” balasnya.
Bagaimanapun, wanita itu menegaskan dia tidak akan membuat sebarang tuduhan melulu tanpa sebarang bukti.
“Waalaikumussalam, adik awak ada dua telefon. Saya minta awak check dua dua telefon dia. Lama dia delay masa saya minta telefon tu dekat dia.

“Kalau dia tak buat apa-apa, kenapa dia mencangkung belakang saya siap buka camera dan ada flashlight ya? Saya takkan tuduh kalau saya tak nampak,” tegasnya.

Sudah bertemu keluarga pelaku Namun, dalam perkembangan terbaharu, wanita itu memaklumkan pihaknya sudah bertemu dengan keluarga pelaku.

“Saya tak tahu tindakan saya ni betul atau tidak. Tapi saya dah berjumpa dengan keluarga pelaku, dan kebetulan io yang incharge case saya ni ada.

“Dia kata pelaku mengaku dan dah delete video tersebut. Sekarang tengah tunggu forensik,” ujarnya.
Sementara itu, keluarga pelaku juga menyatakan mereka bertemu mangsa dan berbincang secara baik mengenai insiden itu.
“Tiada apa apa perbalahan berlaku antara abang pelaku dan mangsa di ipd tadi dan sudah berbincang.
“Adik saya masih dalam siasatan antara ada atau tidak video itu sebab polis sendiri tidak jumpa video tu. Sebab itu forensik diperlukan dalam kes ni,” jelasnya.
Di bawah merupakan ciapan tentang kes berkenaan:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"

gempak
27/09/2024
12:55 MYT
Penyanyi rock lagenda tanah air, Datuk Awie baru-baru ini berkongsi kisah lucu berkaitan dirinya yang disifatkan sebagai seorang yang 'lembut' semasa zaman sekolah.
Viral

“Takut Tapi Kena Kuat…” – Siti Jamumall Harus Jalani Prosedur Cuci Kandungan, Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga Disebabkan Molar Pregnancy

gempak
27/09/2024
09:55 MYT
Baru sahaja tiga minggu disahkan hamil, personaliti media sosial Siti Jamumall diuji  apabila dirinya terpaksa menggugurkan kandungannya.
Viral

Kieda Crepe Kecewa Ada Pihak Sengaja Buat Ulasan Perniagaannya Demi Nak 'FYP' - "Naiklah Tanpa Memburukkan Orang... "

gempak
26/09/2024
08:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak membuat ulasan berkenaan perniagaannya hanya untuk meraih perhatian di laman sosial.
Hiburan

Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."

gempak
26/09/2024
05:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengakui dirinya berasa sebak melihat keretakan hubungan pasangan selebriti Fattah Amin dan juga isteri, Fazura.
Viral

Kongsi Kata Sindiran, Marissa Dania Tak Nak Sekat 'Haters' - "Biarkan Satu Atau Dua, Jadi Mereka Boleh..."

gempak
26/09/2024
04:31 MYT
Perkongsian di Instagram Story milik anak perempuan kepada Abby Abadi, Marissa Dania meraih perhatian apabila dia memuat naik kata-kata sindiran kepada pihak yang membencinya atau ‘haters’.
BorakSeeni