Wanita Didera, Dikurung Dalam Kandang Babi Lebih Lima Tahun
Gempak
02/09/2024 14:55 MYT
02/09/2024 14:55 MYT
Seorang lelaki di Poland dituduh menahan dan mendera seorang wanita di dalam kandang babi selama lebih lima tahun, menurut laporan saluran Berita Polsat pada Ahad, memetik maklumat daripada pejabat pendakwa raya, seperti yang dilaporkan Agensi Berita Jerman (dpa).
Lelaki berusia 35 tahun itu dituduh mendera wanita itu, yang lima tahun lebih muda daripadanya, dengan kekerasan fizikal dan psikologi yang teruk, termasuk pemerkosaan berulang kali, dan memperlakukannya dengan kekejaman melampau.
Aksesnya kepada air dan produk kebersihan dihadkan. Siasatan sedang dijalankan.
Jika disabitkan kesalahan, lelaki dari kampung Gaiki berhampiran Glogow di barat Poland itu boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 25 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah ikat kaki dan tangan, Ibu Biarkan Anak Usia Enam Tahun Diserang “Pitbull” Sebagai Denda
ARTIKEL BERKAITAN: 'Allahuakbar, Kau Buat Apa Dengan Anak Buah Aku!'
ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Zoologi Terkenal Rogol, Dera & Bunuh 60 Anjing: “Saya Tidak Mahu Berhenti Lakukannya”
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Cubit Paha Anak Jagaan Sampai Lebam, Pengasuh Ditahan Polis
Sebuah hospital memaklumkan pihak berkuasa, selepas wanita itu dibawa ke hospital kerana bahu terkehel, pendakwa raya di Glogow memberitahu penyiar itu.
Tahap kecederaan lama yang dialami wanita itu mengejutkan doktor.
Wanita itu melahirkan seorang anak di hospital beberapa ketika dahulu tetapi diserahkan untuk dijadikan anak angkat, lapor Berita Polsat.
"Saya tidak boleh memberitahu doktor yang sebenarnya, saya takut kerana dia mengancam saya, ia akan menjadi lebih teruk jika saya mengadu," kata wanita berusia 30 tahun itu kepada portal berita tempatan MyGl ogow.pl.
Pihak berkuasa memerintahkan pemeriksaan rumah dan akan memohon waran tangkap.
Portal berita tempatan melaporkan wanita itu bertemu lelaki berkenaan dalam talian pada 2019.
Kampung Gaiki terletak hampir 90 kilometer barat laut Wroclaw.
Sumber: Sinar Harian