Wanita Hamil 7 Bulan Maut Disembelih Bapa Mentua Yang Kelaparan
Izwan Isa
02/11/2023 04:55 MYT
02/11/2023 04:55 MYT
Seorang wanita bernama Fitria Almuniroh Hafidloh yang sedang hamil tujuh bulan maut disembelih bapa mentuanya sendiri, ketika suami, Sueb menghadiri jemputan temuduga kerja.
Tragedi menyayat hati itu berlaku di rumah mereka di Dusun Belimbing, Desa Pererejo, Kecamatan Purwodado, Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur pada Selasa.
Pelaku yang tinggal di kediaman sama tiba-tiba menghampiri mangsa, kemudian menggunakan pisau dapur mencederakan leher mangsa.
“Kejadian pembunuhan berlaku dalam bilik rumah suami mangsa, (dan pelaku) menggunakan pisau dapur untuk mengelar leher mangsa,” katanya.
Tidak lama selepas menantunya berlumuran darah, pelaku segera melarikan diri.
Tidak lama kemudian, Sueb pulang ke rumah dan mendapati pintu rumah terkunci. Bimbang ada yang tidak kena, suami mangsa bertindak memecahkan daun pintu. Sebaik pintu dibuka, Sueb terkejut melihat isteri sedang terbaring di atas katil dalam keadaan berlumuran darah.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Kesihatan Masyarakat Purwodadi. Namun, mangsa dan bayi dalam kandungan tidak dapat diselamatkan.
Sementara itu, pelaku berjaya ditahan pegawai polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Purwodadi. Difahamkan, pelaku bertindak demikian kononnya kerana kebuluran dan mengalami masalah kewangan.
Sumber: Tribun News Jakarta
Tragedi menyayat hati itu berlaku di rumah mereka di Dusun Belimbing, Desa Pererejo, Kecamatan Purwodado, Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur pada Selasa.
BERITA TRENDING: Aniaya Anak Hingga Cedera, Ibu Dan Rakan Wanita Dipenjara Tujuh Tahun
Ketua Polis Daerah Purwodadi, AKP Pujianto berkata, ketika kejadian, Fitria berada dalam biliknya.Pelaku yang tinggal di kediaman sama tiba-tiba menghampiri mangsa, kemudian menggunakan pisau dapur mencederakan leher mangsa.
“Kejadian pembunuhan berlaku dalam bilik rumah suami mangsa, (dan pelaku) menggunakan pisau dapur untuk mengelar leher mangsa,” katanya.
Tidak lama selepas menantunya berlumuran darah, pelaku segera melarikan diri.
BERITA TRENDING: Wanita Dakwa Hamil Anak Aniq Suhair Tampil Mohon Maaf - “Tak Seharusnya Saya Muat Naik Konten Seperti Ini”
“Selepas mengelar leher mangsa, pelaku panik dan melarikan diri ke rumah jirannya sambil bersembunyi dalam bilik,” katanya lagi.Tidak lama kemudian, Sueb pulang ke rumah dan mendapati pintu rumah terkunci. Bimbang ada yang tidak kena, suami mangsa bertindak memecahkan daun pintu. Sebaik pintu dibuka, Sueb terkejut melihat isteri sedang terbaring di atas katil dalam keadaan berlumuran darah.