,
Laman Utama

Aniaya Anak Hingga Cedera, Ibu Dan Rakan Wanita Dipenjara Tujuh Tahun

Gempak
01/11/2023
13:25 MYT
Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya masing-masing dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menganiaya dan mengabaikan anaknya berumur tujuh tahun sehingga mengalami 20 kecederaan fizikal di badan.
Hakim VM Mabel Sheela menjatuhkan hukuman itu terhadap Nurul Asyiqin Mohamad Zahid, 27, dan Awiin Chua, 30, yang juga rakan serumahnya selepas mereka mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pada 16 Ogos lepas.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mabel Sheela berkata kejadian seumpama itu tidak sewajarnya berlaku kerana hubungan ibu dan anak adalah sangat istimewa.
"Kalau awak (ibu mangsa) tanya anak awak adakah dia mahu mengikut awak, pasti dia akan mahu ikut, walaupun tahu akan merasa sakit.
"Mahkamah tidak boleh membayangkan keadaan mangsa jika keadaan berlarutan lebih lama dan syukur mangsa dibantu orang awam kalau tidak pastinya mangsa akan meninggal dunia," katanya dalam nada sebak.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan kedua-dua wanita itu menjalani hukuman penjara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 12 Ogos lepas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir memohon hukuman setimpal berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa iaitu lebih 20 kecederaan fizikal di tubuhnya selain kekerapan berlakunya penderaan.
"Bayangkan dalam tempoh sebulan penderaan, kecederaan yang teruk sebagaimana laporan perubatan disokong dengan gambar-gambar kecederaan yang dikemukakan di mahkamah.
"Jika dibiarkan atau lambat diketahui, tiada gambaran dapat dibayangkan apa yang akan terjadi kepada mangsa.
"Dalam kes ini setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada jiran-jiran mangsa yang mengambil berat terhadap mangsa sehingga berjaya membongkar kesalahan dan tindakan pantas jiran berjaya menyelamatkan mangsa," katanya.
Beliau berkata kes itu juga melibatkan kepentingan awam serta mendapat perhatian keluarga diraja Johor iaitu Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam.
Peguam Nur Hazneena Zureen Jaesleen Mohd Hanafiah yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu hukuman ringan kerana ia kesalahan pertama anak guamnya.
"Tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini, selain mengambil kira pengakuan salah tertuduh yang telah menyesal atas perbuatan mereka," katanya.
Bagi kedua-dua pertuduhan, mereka didakwa mencapai niat bersama menganiaya dan mengabaikan kanak-kanak itu yang di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini, antara 1 Julai hingga 9 Ogos lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kejadian menimpa kanak-kanak itu terbongkar selepas tular video insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa yang turut memaparkan kecederaan agak teruk di bahagian belakang badan mangsa.
BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Enam Rakyat Malaysia Termasuk Artis Miliki Pil Kuda Dihantar Ke Penjara Narathiwat

gempak
04/11/2024
12:38 MYT
Mahkamah Narathiwat membenarkan penahanan keenam-enam suspek rakyat Malaysia itu sehingga siasatan polis selesai.
Viral

Ibu Duduk Dengan Kepala Anak Dipenggal Kerana Pertikaian Nak Sambut Diwali

gempak
02/11/2024
02:49 MYT
Seorang warga emas di India sanggup duduk dan memangku kepala anaknya yang telah dipenggal kerana terlibat dalam pertikaian tanah pusaka.
Berita

"Jiran Tak Sanggup Dengar Si Kecil Dipukul Hari-Hari Sampai Lebam Mata" - Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Disyaki Didera, Kini Dirawat Di Hospital Selayang

gempak
26/10/2024
18:50 MYT
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang disyaki didera oleh ibu dan bapanya kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Selangor.
Hiburan

"Saya Tak Kuat, Allahuakbar" - Noorkhiriah

gempak
25/10/2024
12:25 MYT
Perkongsian pelakon Noorkhiriah tentang tiga adik-beradik yang kehilangan ibu tercinta menyentuh hati ramai.
Viral

Pempengaruh Bebas Penjara, Rindu Dengar Bunyi Duit Keluar Dari Mesin ATM

gempak
25/10/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan juga usahawan Medina Zein dibebaskan dari penjara lebih awal selepas ditahan kerana kes penipuan beg tangan mewah dan membuat ancaman kepada seorang individu.
Unitar