Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Wanita Ini Hantar Suami Menikah Lagi, Siap Pilihkan Hantaran Untuk Diserahkan Kepada Isteri Kedua

Izwan Isa
05/04/2024 14:55 MYT
Sebuah video yang memperlihatkan seorang isteri menghantar suaminya bernikah satu lagi menjadi sorotan wargamaya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, pernikahan lelaki tersebut difahamkan berlangsung di Cianjur Selatan, Cianjur, Jawa Barat.

Seperti mimpi

"Bermula dari menghantar suami untuk menikah lagi. Menyaksikan langsung dan mempersiapkan semuanya.

“Mulanya masih seperti mimpi tapi aku cuba untuk menyedapkan hati dan berdamai dengan diri sendiri," tulis wanita itu ada video berkenaan.

Menerusi hantaran tersebut, wanita berkenaan mengakui sudah memberi restur terhadap suaminya untuk bernikah lagi.

Berlapang dada

Menurutnya, dia sudah berlapang dada dan menerima kehadiran isteri kedua si suami dalam hidupnya.

"Kami sering keluar berdua dengan suami juga. Masa kualiti dijaga bersama. Bergambar bersama, berbelanja bersama, menonton wayang bersama, ingin berniaga bersama, kemudian kami mengikuti kursus bakeri bersama, cuba berlatih di rumah, membuat roti, kami titip jualan pertama di gerai kompleks.

undefined
“Ternyata ramai yang berminat untuk membuat tempahan. Cuba jual pastri sebelum raya. Masha-Allah ramai yang segera join pre-order.

“Alhamdulillah, kini saya meneruskan perniagaan baharu bersama isteri kedua Paksu, semoga berjalan lancar dan laris,” tulisnya.

Akui takut

Si isteri pertama menjelaskan, sungguhpun memberi keizinan, namun mengaku takut suaminya berkahwin lain.

"Pentingnya berprasangka baik atas takdir yang Allah berikan untuk kita. Awalnya saya berasa takut ketika suami memutuskan untuk menikah lagi.

“Saya takut suami akan kurang rasa sayang pada saya dan saya sempat berfikir bahawa akan berat menjalani semua ini," katanya.

Sungguhpun begitu, saat bertemu calon madu, wanita ini berlapang hati menerima kehadiran orang ketiga dalam perkahwinannya.

Lebih di luar jangka, wanita itu turut membantu memilih mas kawin dan hantaran untuk isteri kedua suaminya sendiri.

"Dengan hati yang ikhlas dan lapang saya hantarkan suami saya untuk menikah lagi. Tidak pernah terbayangkan bahwa Allah memberikan kelapangan pada hati ini," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Safee Sali Mengaku Sudah Kahwin Lain, Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Dua

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Yang Jauh Boleh Datang, Tak Akan Dia Dekat Pun Tak Boleh” - Tak Hadir Mahkamah Lagi, Shuhada Terkilan Dengan Hafidz Roshdi

#Viral #Indonesia #Isteri pertama beli hantaran #Isteri pertama hantar suami nikah lagi
;