Wanita Ini Kahwini Lelaki Gay Sebab Nak Tutup Mulut Keluarga – “Aku Tahu Je Dia Gay Dari Awal Lagi”
Umirah Halim
01/03/2024 10:00 MYT
01/03/2024 10:00 MYT
Seorang wanita mendedahkan hubungan perkahwinannya dengan suami yang didakwa songsang berjaya mencuri perhatian netizen.
Menerusi perkongsiannya secara anonymous itu, wanita berkenaan berkongsi cerita tentang hubungan perkahwinannya bersama seorang lelaki bernafsu songsang yang dilakukan hanya sekadar ingin menutup mulut keluarga.
“Aku ni sebenarnya tak nak kahwin pun. Suka hidup single. Aku tak nak hadap commitment hidup berkahwin ni.
“Plan asal memang nak membujang sampai ke tua. Tapi family asyik push aku and aku serabut, rimas.
“Ditakdirkan, aku terjumpa husband aku. We met as friends, and aku selalu lah meluah serba serbi dekat dia. And dia pun same. Aku tahu je dia gay dari awal lagi.
“One day, dia offer aku solution untuk kiteorg kahwin in a joking way. Aku gurau je lah balik.
“Tapi lama? bila fikir betul? ada baiknya jugak. Aku tak payah serabut dengan commitment kahwin, dia pun stop kan mulut family dia jugak.
Berita Trending: Diejek Muka Berkurap & Kurus Seperti Mumia, Wanita Ini Santau Pembuli - “Aku Gembira Melihat Dia…
“So we introduced ourselves to our parents, and kahwin lebih kurang setahun lepas tu,” kongsinya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, wanita itu turut berkongsi tentang perjanjian dia dan suami dimana mereka tidak akan jatuh hati kepada orang lain atau bakal bercerai.
“We have an amazing marriage. We love each other sangat? platonically.
“Tapi no kids sebab aku memang taknak anak. We also had a pact.
“Kalau anyone of us falls in love with someone else, kitorang cerai,” kongsinya lagi.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen pelbagai reaksi netizen yang diterima, ada yang mempersoalkan tindakan pasangan itu dan ada juga yang mendoakan mereka.
“Mungkin ni jodoh dia. Moga terdetik satu hari nanti utk dua-dua saling mencintai kerana Allah dan tinggal kisah-kisah lama jgn ulang lagi.
“Perkahwinan itu sunnah dan disukai allah. Apa ke jadahnya yang korang buat ni. Ikut korang lah.
“Kita doa kan mereka terbuka hati utk berkahwin betul-betul, dan menjalani kehidupan normal seperti pasangan lain.
“Semoga Allah berikan taufiq dan hidayah kepada kedua-duanya untuk insaf dan berubah ke arah yg diredhai oleh-Nya,” tulis beberapa netizen.
Setakar artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 900 ribu tontonan di Platform X.