Wanita Ini Kena Sebat 74 Kali Sebab Tayang Aurat Di Media Sosial, Tempat Awam
Izwan Isa
09/01/2024 13:55 MYT
09/01/2024 13:55 MYT
Seorang wanita Iran, Roya Heshmati menerima 74 sebatan kerana enggan memakai tudung dan sekaligus melanggar peraturan berpakaian yang sangat ketat di negara tersebut.
Menurut Mizan Online, hukuman sebat itu dikuatkuasakan mengikut undang-undang dan syarak kerana ia melanggar moral awam. Dalam masa sama, wanita berusia 33 tahun itu turut didenda sebanyak 12 juta riyal (RM1,326 ).

BERITA TRENDING: Penoreh Getah Naik Angin, Sebat Anak Perempuan Kerja Jurujual
“Hukuman 74 sebatan dijalankan mengikut undang-undang dan syarak kerana melanggar akhlak awam,” kata laman web Mizan Online.
Roya yang berasal dari suku Kurd enggan menutup rambutnya walaupun dibawa untuk dirotan.
“Apabila cemeti mengenai badan saya, saya berbisik, ‘Atas nama wanita, atas nama kehidupan, fajar akan tiba,’” kata Roya seperti yang dipetik menerusi BBC Parsi.
Roya ditangkap pada April kerana memuat naik gambar tidak mengenakan tudung di media sosial. Selain itu, dia juga tidak mengenakan hijab di tempat awam.
Peraturan memakai tudung bagi wanita di Iran telah berkuat kuasa sejak Revolusi Islam 1979. Walaupun jarang berlaku, kes seperti ini semakin dipantau selepas protes antikerajaan pada 2022.

BERITA TRENDING: Tiga Banduan Liwat 'Junior' Dihukum Penjara, Sebat!
Protes itu dicetuskan oleh kematian Mahsa Amini, seorang wanita Kurd Iran yang ditangkap kerana melanggar peraturan berpakaian. Semasa protes, ramai wanita menanggalkan tudung sebagai bentuk penentangan. Ini mencetuskan pengetatan peraturan dan penguatkuasaan yang lebih keras.
Kerajaan Iran telah memasang kamera pengawasan untuk memantau pelanggaran kod pakaian dan menutup perniagaan yang melanggarnya. Malah, parlimen sedang membincangkan hukuman yang lebih berat bagi mereka yang melanggar peraturan ini.
Sumber: Agensi, Wolipop
Sumber: Agensi, Wolipop