"Tak payahlah kahwin kalau tak pandai siang ikan".

Mungkin ini antara ayat yang selalu keluar daripada mulut orang-orang tua, khususnya golongan mak-mak jika anak perempuan tak pandai buat kerja-kerja di dapur.

Bahkan, mungkin ada juga yang bimbang dan malu sekiranya keluarga mentua tahu akan kekurangan diri mereka dengan kemahiran di dapur.

Begitupun, lain pula kisahnya dengan pemilik akaun Twitter bernama Nabilah yang secara terbuka mengakui dirinya tidak pernah pandai membersihkan ikan mentah!

Bahkan, tanpa segan silu, katanya, dia hanya mula tahu menyiang ikan ketika umurnya sudah hampir masuk 3 series selepas berkahwin dengan orang Terengganu.

Semuanya gara-gara suaminya suka makan ikan hari-hari!

"Siang sembilan ekor ikan merupakan kerja dapur paling mencabar saya pernah lakukan. Umur 28 baru tahu siang ikan.

"Ibu bapa saya jarang beli ikan sebab tahu anak-anak tak makan. Pastu aku kahwin dengan orang Terengganu, makan ikan setiap hari, begitulah ya misteri jodoh tiber," tulisnya.

Ciapannya itu kemudian menerima lebih 8,000 ulang kicau dan 15,000 tanda suka.

Perkongsian status itu kemudian mengundang lebih ramai wanita yang mengakui diri mereka juga tidak pandai menyiang ikan dan menganggap ia satu kerja yang mencabar.

"Anda tidak keseorangan! Temy pun lepas kahwin baru ibu mentua ajar cara yang mudah siang ikan hahaha. Dah cuba guna gunting?," komen @temytemybold1
@syxzxqishh_.


"Weh aku pun tak reti siang ikan sangat sebab tak makan pastu mak selalu cakap tunggulah kau nanti kahwin dengan orang makan ikan patin, ikan keli ikan pari, baru kau tahu nak siang depan mak mentua kau. Kalau masin mulut mak aku mampus aku," @syxzxqishh_.

"Dik..acik ni dah 38 tahun dan orang Terengganu. Paling tak suka siang ikan sebab bau hanyir dan selalu cedera tercucuk mende tajam bawah perut ikan tu. Sakit wo.. berdenyut-denyut. Tahniah awak berjaya siang ikang!!!!!," komen @ijahstep.









Begitupun, di sebalik keluhan yang diluahkan mengenai tugas menyiang ikan, ramai juga netizen yang tampil bantu mengajar cara menyiang yang mudah.

Salah seorang pengguna, @najihaleya berkongsi tutorial menyiang ikan hanya menggunakan jari tangan sahaja.

"Cara-cara siang ikan tanpa guna gunting dan pisau dengan cepat dan pantas sis. Sekejap je siap," kongsinya bersama sebuah video.

Video itu kemudian menerima lebih 4,000 ulang kicau dan 6,000 tanda suka daripada pengguna Twitter lain.



Jadi, korang yang tak pandai nak siang ikan tu, bolehlah belajar cuba guna tangan macam diajar itu.

Jangan sampai hancur ikan tu sudahlah!