Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wanita ‘Mengamuk’ Lempar Minuman Beralkohol Ke Arah Penonton Wayang Gara-Gara Ditegur Bising Sewaktu Tonton Barbie

Izwan Isa
24/07/2023 06:49 MYT
Setiap daripada kita pasti tahu peraturan yang perlu diikut ketika berada di panggung wayang.

Selain tidak boleh membawa makanan luar masuk ke dalam panggung, kita juga perlu meminimumkan perbualan bersama rakan agar penonton lain tidak terganggu dengan suara kita.

Namun, hal tersebut berlaku di sebuah panggung wayang hujung minggu lalu. Menerusi sepotong video yang viral di media sosial, seorang wanita dan pasangannya didakwa melenting selepas ditegur kerana terlalu bising ketika menonton filem Barbie.
undefined
Susulan daripada itu, wanita tersebut menjerit dan memarahi penonton yang ada dalam panggung. Tidak cukup dengan itu, dia bertindak melemparkan minuman keras kepada penonton sebelum meninggalkan pawagam.

Meninjau komen-komen yang ditinggalkan di TikTok, ada dalam kalangan netizen yang berasa hairan, bagaimana minuman keras boleh diseludup masuk ke dalam panggung wayang.

Tidak kurang ada juga yang turut menyamakan kelakuan wanita tersebut dengan kumpulan dari England yang viral baru-baru ini, The 1975.
undefined
Selain itu, wanita yang menjadi mangsa lemparan minuman beralkohol itu sudah pun membuat laporan polis.

BACA: Aliff Syukri Mengamuk Yana Samsudin Pecahkan Pasu Mewah RM400,000?

BACA: Britney Spears Mengamuk Di Restoran, Bengang Peminat Ambil Gambar​

#Barbie #Wanita lempar minuman beralkohol di pawagam