Laman Utama
Britney Spears Mengamuk Di Restoran, Bengang Peminat Ambil Gambar
Penyanyi sensasi Britney Spears dilaporkan mengamuk di sebuah restoran selepas berang gambarnya diambil peminat tanpa kebenaran.
Kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Los Angeles pada malam Jumaat lalu, lapor Dailymail.uk.
Menurut laporan, Spears, 41, tiba di sebuah restoran di kawasan Woodland Hills bersama suaminya, Sam Asghari, 28, ditemani pengawal peribadi untuk makan malam.
Spears kemudian dilihat duduk untuk memesan menu. Namun, dia mula berang selepas seorang tetamu di restoran mula mengeluarkan telefon bimbit dan merakamkan gambar serta videonya tanpa kebenaran.
Menerusi rakaman dari premis tersebut, penyanyi The Piece of Me itu cuba menutup mukanya dengan buku menu dan mengelak dari dirakamkan.
Dia seterusnya dilihat mula menjerit dan mengeluarkan kata kata kesat selepas gambar dan videonya terus dirakamkan, kata seorang saksi.
Namun dia dan suaminya meninggalkan restoran tersebut, sebelum pengawalnya membayar makanan.
Pada 2021, Spears mendedahkan dirinya telah disahkan menghidap bipolar. Dia kini masih menerima rawatan.
Must-Watch Video