Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

Umirah Halim
18/09/2024 21:55 MYT

Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.

Nampak sesuatu di tingkap tandas

Menerusi perkongsian di TikTok, pada awalnya, wanita itu berkongsi kisah percutian dia sekeluarga sewaktu menginap di sebuah homestay di Kelantan.

Namun, apa yang menarik perhatian apabila wanita itu difahamkan ternampak sesuatu yang mencurigakan di sebalik tingkap tandas homestay terbabit ketika hendak membersihkan diri.

“Haritu aku pergi bercuti dengan family aku dekat Kelantan area Kota Bharu. Masa sampai tu okay je takde apa masalah semua nice, view nice rumah nice. Seronok dah tengok rumah pon cantik.

“Masa masuk tandas tu terdetik nak tengok tingkap tandas tu tiba-tiba aku tengok ada benda pelik kt tingkap tu. Nampak apa? Jeng jeng jeng, camera fon nok rupanya ada orang amik gambar aku tengah tuttt... aku pon menjerit la panggil mak aku, menggigil dah time tu.

“Pastu apa lagi aku call ah abang aku suh balik cepat.Abang aku pulak call owner rumah tu cakap orang mengintai aku kt tandas, yelah owner rumah tu kat sebelah homestay kami je,” kongsinya.

BERITA TRENDING: "Saya Pun Dah Tua, Tak Tahu Sampai Bila Akan Hidup" -

​BERITA TRENDING: “Hubungan Suami Isteri Perlu Ada Kepercayaan,

Setelah mengadukan hal itu, pemilik homestay sendiri merasa amat terkejut dan memaklumkan inilah kali pertama kejadian sebegini terjadi.

Namun, setelah telefon bimbitnya diperiksa, wanita tersebut mendakwa dia adalah si pelaku yang meletakkan gajet berkenaan di tingkap tandas.

“Ko bayangkan masa kami sampai tu pun dah lewat orang mana ada orang lain rumah pon semua dag gelap, yang ada owner rumah tu je weh.

“Aku pun apa lagi mintak tengok camera belakang dia, haa kan aku dah cakap sama. Memang dia tkde orang lain dah. Reaction dia pun lain time tu. Nampak sangat takut menggeletar tau dia masa ni aku tengok

“Masa ni kiteorang tengah bincang elok2 dgn dia, takde pun nak marah-marag ke apa. Tapi dia still tak mengaku tau time ni. Mak aku cakap "demi allah awak tak buat? " Dia tukar topik.

“Pastu malam tu jgk dia duk call abang aku banyak kali ckp tkleh tidur la apa sumpah weh dia psyco gila, dia cari kami sampai pagi tu,” ujarnya lagi.

​BERITA TRENDING: “Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

​BERITA TRENDING: Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof

Dalam pada itu, wanita tersebut turut menitipkan pesanan kepada orang ramai terutama wanita berhati-hati agar tidak berdepan situasi sama seperti dirinya.

“So hati-hati lah kalau nak book homestay ke apa fikir lah dulu baik baik kalau pergi tandas tu cari tandas yang memang tutup takde lubang apa apa,” tambahnya.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 600,000 tontonan di platform TikTok.

Sumber: TikTok

#wanita #Mandi #Homestay #Pemilik #Skodeng #Intai
;