,
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

Khairil Khusyairi
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal semakin membimbangkan.

Minta Izin Terlebih Dahulu

Menurut Erra atau nama lengkapnya, Fazira Wan Chek setiap individu perlu meminta izin daripada ibu bapa kanak-kanak terlebih dahulu sebelum menyentuh.

“Saya lihat apa yang berlaku baru-baru ini memang merisaukan. Saya sebagai ibu rasa tidak yakin nak biar anak berdikari awal walaupun sebagai ibu bapa kita digalakkan didik anak untuk berdikari.

“Tetapi di zaman sekarang ini kita kena pantau dan lebih berhati-hati.
“Sekarang ini benda ini sangat sensitif, walaupun kita tengok budak niat kita baik nak pegang-pegang budak tetapi di zaman ini sebaiknya sebelum kita sentuh budak atau anak orang, minta lah izin daripada ibu bapa dahulu,” ujarnya kepada Gempak.

Jangan Sesuka Hati Pegang

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia menegaskan menyentuh kanak-kanak sesuka hati bukanlah satu kebiasaan sebaliknya perlu ada rasa hormat kepada seseorang.
“Perkara ini mungkin biasa dahulu tetapi sekarang sudah tidak jadi kebiasaan dan ianya terpaksa kita kawal. “Janganlah apabila ibu bapa itu tegur, tak selesa, kita rasa sensitif pula, tidak. Ini semua atas kebaikan semua.

“Saya rasa kalau kita saling ada rasa hormat, maka janganlah sesuka hati pegang anak orang, apatah lagi nak cium anak orang. Sentiasa minta izin terlebih dahulu,” tegas Erra.

Dalam pada itu, juri Kilauan Emas 2024 itu turut berkongsi pengalamannya ketika di bangku sekolah suatu ketika dahulu.
“Saya anak tunggal kepada ibu tunggal. Jadi memang berdikari.
“Saya darjah 1 dah naik bas biasa, memang dari sekolah rendah lagi memanng naik bas, bukan bas sekolah jadi saya dididik berdikari,” tutupnya.
Untuk info, Kilauan Emas 2024 bakal digegarkan dengan penampilan Kak Lina Pom Pom sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.
Selain Erra, bangku juri buat musim terbaharu ini mengekalkan figura legenda seperti Datuk Hattan dan pelawak terkenal iaitu Roy Azman yang menyerikan lagi episod-episodnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anak Bocor Rahsia, Kim Kardashian Kali Terakhir Memasak Tahun 2022

gempak
14/10/2024
13:50 MYT
Anak Kim Kardashian, North West mendedahkan ibunya memasak untuk keluarga mereka sekitar dua tahun lalu.
Hiburan

Tiada Halangan Untuk Berjumpa, Ada Sebab Fatin Afeefa Bimbang Nak Lepaskan Anak Perempuan Bermalam Dengan Adam Shahz - “Sebagai Ibu, Sudah Tentulah Saya…”

gempak
14/10/2024
06:10 MYT
Pelakon Fatin Afeefa berasa bimbang untuk melepaskan anak perempuannya bermalam dengan Adam Shahz, disebabkan kediaman bekas suaminya itu merupakan sebuah pejabat yang juga menguruskan rumah kebajikan.
Hiburan

Ahmad Dhani Bakal Dapat Menantu, Al Ghazali Kahwin Tahun Depan

gempak
14/10/2024
02:36 MYT
Pesohor Indonesia, Ahmad Dhani bakal dapat menantu apabila anak sulungnya, Al Ghazali bakal berkahwin dengan kekasih, Alyssa Daguise.
Hiburan

"Kepada Semua Suami, Hargailah Isteri Anda" - Uqasha Senrose

gempak
13/10/2024
21:51 MYT
Pelakon jelita Uqasha Senrose tampil berkongsi coretan hatinya sempena genap enam bulan usia anak pertamanya, Hawra Uqaira.
Hiburan

Pertama Kali Hadir Ke Anugerah Temani Ibu, Anak-Anak Harap Rita Rudaini Menang! - “Memang Saya Yang Tawarkan…”

gempak
11/10/2024
13:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini hadir ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH36) ditemani dua anaknya, Airit Ryyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
BorakSeeni