Wanita Nyaris Maut, Kereta Terjunam Dari Tingkat Satu Parkir Bertingkat
Gempak
02/03/2024 01:55 MYT
02/03/2024 01:55 MYT
Wanita nyaris maut selepas kereta Honda Accord yang dipandunya terjunam dari tingkat satu kawasan parkir Menara TA One, Jalan P Ramlee.
Menerusi satu video tular yang dikongsi di Platform X, dapat dilihat beberapa individu cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

BERITA TRENDING: Netizen Kritik Insiden Individu Pukul Pemandu Kemalangan Sampai Mati - “Ingat Kat Israel Tadi……
Menurut sumber, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGO KL) berkata, dua jentera bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dan Pudu dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 1.05 tengah hari.
"Setibanya pasukan bomba di lokasi, terdapat sebuah kereta terbalik dan bahagian bumbung kereta remuk.
"Dipercayai kereta berkenaan melanggar tembok penghalang parkir lalu terjatuh dari tingkat satu tempat letak kenderaan di bangunan itu," katanya hari ini.
Sementara itu, mangsa yang juga seorang wanita tempatan berusia 28 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan lutut.
Mangsa diserahkan kepada pegawai perubatan bagi menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Siasatan punca kejadian dan tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis," katanya.
Sumber: Sinar Harian