Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza

Awani
06/10/2024 05:25 MYT
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.

Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.

Wanita berkenaan merupakan antara 127 rakyat Palestin yang dibawa ke negara ini untuk mendapatkan rawatan akibat peperangan dengan rejim Zionis.

"Saya minta maaf dan sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya bersumpah kepada Tuhan, saya tidak buat dengan sengaja, kami sedang lalui situasi dan keadaan yang sangat sulit yang hanya Allah SWT sahaja tahu.

"Serius kamu (rakyat Malaysia) adalah orang baik, murah hati dan menghormati orang dan saya berterima kasih kerana menerima dan melayan kami dengan baik. Saya bersumpah dengan nama Allah SWT, kami mendapat apa yang terbaik. Apa yang saya cakap ini ikhlas dari hati saya.

"Kamu melayan kami (rakyat Palestin) dengan segala kebaikan, rasa hormat dan penghargaan. Kamu sudah melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, tetapi kamilah yang melakukan kesalahan terhadap anda (rakyat Malaysia)," katanya menerusi hantaran video di TikTok.

Baru-baru ini, tular video memaparkan kekecohan dilakukan sekumpulan rakyat Palestin dengan ada antara mereka bertindak kasar dengan membaling selipar ke arah salah seorang pegawai penguat kuasa dan merosakkan harta benda premis berkenaan dipercayai kecewa selepas tidak diizinkan untuk menginap di luar WTKL.

Susulan itu, Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali memohon maaf berhubung insiden kekecohan tersebut.

Dalam pada itu, Aminah yang juga ibu kepada anak syahid dengan rendah hati berharap agar permohonan maaf tersebut dapat diterima seluruh rakyat Malaysia.

"Saya bersumpah dengan nama ALLAH SWT dan sekali lagi memohon maaf kepada anda atas apa saya lakukan dengan penuh penyesalan yang besar," katanya.

BERITA TRENDING: #FinancialFaiz: Dah Sedia Nak Miliki Teratak Indah? Ikuti 4 Tip Mudah Sebelum Anda Beli Rumah

BERITA TRENDING: Anak Orang Kaya Bayar RM7,520 Belajar Di Universiti Awam, Kerajaan Tanggung Kos RM80,623

BERITA TRENDING: Polis Nafi Kanak-Kanak Disembelih Jiran Di Kuantan

BERITA TRENDING: Bas Sekolah Terbakar Diubah Suai Tanpa Kebenaran

Pada 16 Ogos lalu, dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rakyat Palestin yang cedera, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang.

Kedua-dua pesawat yang berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir itu membawa seramai 127 orang termasuk 41 pesakit tercedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza.

#Viral #wanita #Palestin #maaf #Mohon
;