,
Berita

Bas Sekolah Terbakar Diubah Suai Tanpa Kebenaran

Gempak
04/10/2024
02:55 MYT
Jabatan Pengangkutan Darat Thailand mendedahkan bahawa pengendali bas sekolah yang terlibat dalam kemalangan maut baru-baru ini di Vibhavadi Rangsit Road didapati telah melakukan pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran.
Ketua Pengarahnya Jirut Wisaljitr dalam satu kenyataan memaklumkan jabatan itu telah memanggil pengendali untuk membawa kesemua lima bas di bawah kawalannya bersama kenderaan yang berkaitan untuk pemeriksaan di Pejabat Pengangkutan Lopburi.
Namun, beliau berkata, pengendali itu mempamerkan sifat mengelak dan gagal mematuhi arahan pemeriksaan dengan segera.
"Selepas menyiasat lokasi GPS bas, jabatan mendapati semua bas pengendali berada di sebuah kemudahan pembaikan persendirian di wilayah Nakhon Ratchasima.
"Didapati bas itu sedang dalam proses menanggalkan tangki gas yang melebihi spesifikasi yang didaftarkan dengan pihak berkuasa.
Tingkah laku ini mencadangkan percubaan untuk menyembunyikan pengubahsuaian kenderaan yang tidak dibenarkan terutamanya kepada sistem gas yang boleh menimbulkan risiko keselamatan yang ketara," kata Jirut pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas

BERITA TRENDING: “Kenapa Pok Su Tak Ambil Caca..?” - Kakak Sebak, Anak Tanya Mana Abang Bas

BERITA TRENDING: Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

BERITA TRENDING: Lelaki Rusia Cedera Selepas Cubaan Merogol Seekor Lembu Betina

Beliau menjelaskan bahawa pengubahsuaian sistem gas yang menyalahi undang-undang boleh menyebabkan bas terlebih muatan dan meningkatkan potensi kebocoran gas akibat pemasangan yang tidak betul, yang tidak diperiksa oleh jurutera bertauliah atau agensi yang diberi kuasa.
Jabatan Pengangkutan Darat telah mendokumentasikan insiden itu untuk tindakan undang-undang selanjutnya.
Jirut turut berkata, bahawa jabatan itu akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas semua 13,426 bas awam dan swasta yang menggunakan bahan api gas asli termampat (CNG) dalam tempoh 60 hari akan datang bagi memastikan pematuhan keselamatan.
Pada Selasa, sebuah bas sekolah yang membawa 45 penumpang - enam guru dan 39 pelajar dari wilayah Uthai Thani - terbakar di Vibhavadi Rangsit Road.
Malangnya, 20 pelajar dan tiga guru kehilangan nyawa dalam kemalangan itu.
Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Alif Satar Risau Jenayah Seksual Libatkan Kanak-Kanak - "Saya Memang Ajar Anak Saya Untuk ..."

gempak
03/10/2024
09:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar menegaskan pentingnya pendidikan seksual untuk kanak-kanak terutama dalam situasi sekarang.
Viral

Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas

gempak
02/10/2024
18:55 MYT
Tragedi bas kemalangan dan terbakar yang meragut nyawa 20 pelajar tadika bersama tiga guru di Pathum Thani dekat Bangkok, Thailand pada 1 Oktober masih menyisakan kesedihan dalam kalangan keluarga dan masyarakat.
Hollywood

Keji, Budak 9 Tahun Antara 120 Mangsa Serangan Seksual Sean Diddy Combs

gempak
02/10/2024
07:55 MYT
Kisah skandal terkutuk mogul Hip Hop, Sean Diddy Combs berkaitan pemerdagangan seks menjadi semakin hangat apabila bukti demi bukti ‘dibentangkan’ di mahkamah.
Berita

Demi Konten, Wanita Sanggup Bahayakan Nyawa Kanak-Kanak

gempak
23/09/2024
23:55 MYT
Video aksi berbahaya seorang wanita yang duduk di tepi perigi dengan seorang kanak-kanak berpaut pada kakinya yang tergantung di dalam perigi mengundang kemarahan warganet.
Hiburan

“Saya Yakin ‘Abang Bas’ Tidak Berniat Seperti Yang Digembar-Gemburkan” - Abby Abadi

gempak
21/09/2024
09:55 MYT
Isu ‘Abang Bas’ yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk pelakon sensasi, Abby Abadi.
BorakSeeni