Laman Utama
Wanita Seksi Berkonsert Di Kelantan? Ini Penjelasan Sebenarnya...
Baru-baru ini satu video tular di media sosial memaparkan beberapa wanita seksi beraksi di sebuah konsert yang dikatakan berlangsung di Kelantan.
Susulan penyebaran video tersebut, ramai pihak mula mempersoalkan pendirian satu parti politik yang sebelum ini bertegas untuk membatalkan konsert Coldplay, namun membenarkan acara sedemikian diadakan tanpa sebarang bantahan di negeri mereka.
Bagaimanapun, seorang netizen tampil memberi penjelasan bahawa konsert tersebut merupakan sebuah majlis agama Buddha diberi nama Thodphapha, berlangsung secara tertutup di rumah ibadat orang Siam dikenali sebagai Wat.
“Ni konsert di Wat (rumah ibadat orang Siam Buddha). Di mana Wat-Wat di Kelantan sekarang mengadakan majlis Thodphapha.
“Konsert ini diadakan dalam kawasan Wat dan hanya melibatkan pengunjung Wat, tapi tak bermakna orang luar tak boleh masuk,” terang netizen berkenaan.
Hahahahahaha tak sangka hari ni akan tibaSebagai cino Kelate beragama Buddha, biar ambo cito....jawapannya, ni concert di Wat (rumah ibadat orang Siam Buddha)Di mana Wat Wat di Kelantan sekarang tengah mengadakan majlis Thodphapha (Buddhism’s robe- offering ceremony)... https://t.co/GoLLWGNY1g— Hock_Ann安? #Pray4Humanity ?️ (@Hock_ann26) November 26, 2023
Dalam pada itu, individu tersebut turut mendedahkan bahawa acara berikut telah lama diadakan dan dibenarkan oleh kerajaan negeri Kelantan sebagai salah satu cara toleransi terhadap agama lain.
“Majlis Thodphapha diadakan setiap tahun, dan konsert begini memang dah wujud lama, sejak aku kecil dah ada, benda ni dah biasa.
“Konsert ini diadakan secara tertutup, bagi kami bukan Islam di Kelantan terutamanya sewaktu perayaan, konsert sebegini dibenarkan. Antara toleransi yang ditunjukkan oleh kepimpinan parti sampai sekarang,” jelas individu itu lagi.
BERITA TRENDING: Penyanyi Wanita Terbunuh Sewaktu Hiburkan Tentera Rusia
Must-Watch Video