Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Wanita Serang Suami Berkepit Dengan Kekasih Di Expo, Netizen Geram - “Perempuan Tu Siap Boleh Senyum Lagi”

Umirah Halim
09/04/2024 00:40 MYT
Video seorang wanita menyerang suaminya yang didakwa kantoi curang bersama wanita yang lain mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsi di akaun Instagram milik wanita terbabit, dapat dilihat seorang wanita lain berkepit dengan lelaki dipercayai suaminya itu sambil berjalan-jalan di sebuah expo Temerloh.

Wanita senyum

Malah, lebih menarik perhatian lagi apabila wanita yang ‘berkepit’ dengan suaminya itu masih menguntumkan senyuman walaupun wanita terbabit sudah menyergah mereka kerana suaminya didakwa telah berlaku curang.

A post shared by Atiqah Syahida (@datinsyaa.official)

“Curang ke? Kau curang ke?

“Kau tahu tak dia ni laki orang, aku ni bini dia” amuk wanita terbabit di dalam video tersebut.

Suami didakwa curang

Dalam pada itu, menerusi ruangan kapsyen wanita terbabit turut mendakwa suaminya itu telah berlaku curang dengan wanita yang tidak diketahui identitinya dan meminjam kereta kakaknya.

“(Nama suami) kau berkepit berpeluk dengan perempuan entah mana hala.

“Dah la curang pinjam kereta kakak. Nampak sangat tak berharta. Dayus sedayus-dayusnya!,” tulis wanita terbabit.

Reaksi netizen

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen mengecam tindakan yang dilakukan oleh suami wanita terbabit.

“Kalau aku ni dah baling batu terus kat dua ekor ni. Memang hukuman patutnya kena rejam je.

“Muka awam je pompuan tu senyum. Sesuai la bawak shopping pasar malam je.

“Perempuan tu siap boleh senjum tengok camera dan pegang tangan. Kak yang ambil video ini, just take the divorce and lari. Laki dia ni, tidak akan stop cheating.

“Isteri kejar suami tengah membeli belah persiapan raya dengan kekasih nya. lintang pukang lari. Perempuan tu siap boleh senyum lagi

“Dayusnya seorang lelaki bila dah kantoi, tak pergi kat isteri, tapi protect girlfriend . Isteri ni dah mcm org bodoh terjerit-jerit kejar dua ekor sund*l ni. Dua-dua elok kene langgar,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 500 ribu tontonan di Platform Instagram.

Berita Trending: Tak Pernah Terfikir Nak Ada Hubungan Dengan Isteri Orang, Muaz Zabir Hanya Sekadar Mendengar Keluhan Bella

Berita Trending: "Percayalah, Bella Bukan Berlaku Curang" - Datin Patimah Ismail

#Suami #Curang #Penyondol #Temerloh #Senyum #Berkepit #Expo
;