"Wanita Tak Boleh Hidup Terlalu Bergantung Dengan Lelaki" - Che Ta
Amri Hassan
07/03/2024 12:51 MYT
07/03/2024 12:51 MYT
Pelakon jelita Rozita Che Wan menegaskan dirinya sentiasa memandang ke hadapan dan mahu membangunkan diri biarpun tanpa sokongan lelaki terutama selepas bercerai beberapa tahun lalu.
Jelas Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, selepas bercerai, dia kembali dalam bidang peragaan dan menceburi bidang lakonan untuk menyara dirinya dan anak-anak.
“Kaum wanita juga tidak boleh hidup terlalu bergantung sangat dengan lelaki.
“Saya sendiri, bila bercerai tak dapat harta apapun. Selama 10 tahun, saya hidup menjanda sampailah saya berkahwin dengan Zain,” kata isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.
“Saya juga berlakon pada usia yang agak
lewat tapi tidak terlalu lewat untuk kita mulakan sesuatu kerana yang penting ada kemahuan.
“Tapi, sampai bila saya nak berlakon sebab itu sata buat pelbagai bisnes. Kalau anda suri rumah pun masih boleh buat bisnes dan menjana pendapatan, ” katanya.
Che Ta ditemui pada sesi talkshow Kemandirian Wanita bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Sementara itu, acara turut disemarakkan dengan kehadiran lebih 10 artis yang turut menjadi pempamer selama tiga hari program PERKESO Membawa Senyuman.
Antaranya Tyzo Xander, Izue Islam, Ako Mustapha, Anne Abdullah, Darling Ngasri, Syanie, Ani Maiyuni, Haleeda, Ayu Damit dan Azza Elite.
"Kita berharap Perkeso dapat menganjurkan lebih banyak program yang melibatkan golongan karyawan seni sebegini kerana melalui program ini, kami mendapat lebih banyak maklumat bagi perlindungan keselamatan memandangkan artis banyak bekerja sendiri. Maklumat sebegini akan kami kongsikan pula dengan peminat di luar sana," jelas Tyzo.

BERITA TRENDING: "Saya Dilahirkan Bukan Anak Orang Senang, Bila Kerja Pramugari Barulah ..." - Che Ta
Tambah Che Ta lagi, dia percaya lelaki akan lebih menghormati jika wanita ada pendapatan mereka sendiri.“Saya juga berlakon pada usia yang agak