,
Viral

Wanita Terkilan Individu Cuba Ambil Kesempatan Sebab Tolong Cari Rumah Sewa, Siap Perlawa Ajak Buat Hubungan S*ks

Firdaus
11/07/2024
07:55 MYT
Seorang wanita menceritakan tentang bagaimana dirinya terpaksa berhadapan dengan gangguan seksual dalam pencarian tempat tinggal.

Alami Banyak Masalah Nak Cari Tempat Sewa

Menerusi kisah yang dikongsikan di media sosial, wanita yang dikenali sebagai Shimalaa Sanmuggam menyatakan dirinya menempuhi pelbagai pancaroba semata-mata untuk mencari rumah sewa.

"Saya telah mencari lebih 40 buah rumah dan respons yang saya dapat hanyalah...

Menurut Shimalaa, dirinya telah mencari lebih 40 buah rumah dan bilik sewa namun permintaannya untuk menyewa ditolak akibat daripada sikap prejudis sesetengah pemilik.
"Saya telah mencari lebih 40 buah rumah dan respons yang saya dapat hanyalah, 'Maaf, orang bukan muslim tidak dibenarkan menyewa'," katanya.

BERITA TRENDING:Dapat Bantuan RM1,500, Netizen Tak Puas Hati Wanita Tak Mahu Bekerja Sebab Selesa Minta Sedekah - "Ini Bukan Miskin Tapi Pemalas!"

BERITA TRENDING: Rider P-Hailing Terperanjat Dapat Tips RM500, Pulangkan Balik Sebab ...

BERITA TRENDING: Abang Sado Tarikan Utama Gerai Durian Papa Muda - "Tahun Lalu Badan Kami Kurus Kering Lagi..."

BERITA TRENDING:Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Islamik Direman 4 Hari, Bantu Siasatan Berhubung Salah Guna Kuasa Untuk Dapatkan Suapan

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menyakitkan hati apabila salah seorang lelaki cuba mengambil kesempatan terhadap Shimalaa sebagai ganjaran membantunya mencari tempat tinggal.
Melihat kepada perkongsian itu, rata-rata netizen melempiaskan rasa kurang senang dengan sikap lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, lantaran kepada penularan isu itu, lelaki tersebut menyatakan bahawa akaunnya telah digodam dan mesej tidak senonoh yang dihantar kepada Shimalaa bukanlah daripada dirinya.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis posting itu menerima satu juta tontonan dan hampir 5,000 tanda suka di Platform X.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
Hiburan

Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

gempak
17/10/2024
18:53 MYT
Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Berita

Gara-gara Tidak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’, Lelaki Mengaku Tampar Teman Wanita Bayar Denda RM 800

gempak
17/10/2024
10:25 MYT
Seorang penjaga stor mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Batu Pahat, Johor atas tuduhan mencederakan teman wanita selepas bergaduh berhubung isu tidak membalas mesej dihantar melalui aplikasi WhatsApp, Khamis lalu.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Hiburan

Marshanda Dakwa Hidap Bipolar Sebab Tabiat Minum Kopi

gempak
16/10/2024
13:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Marshanda mendakwa dirinya menghidap masalah gangguan kesihatan mental, Bipolar kerana suka minum kopi.
BorakSeeni