Wanita Terkilan Individu Cuba Ambil Kesempatan Sebab Tolong Cari Rumah Sewa, Siap Perlawa Ajak Buat Hubungan S*ks
Firdaus
11/07/2024 07:55 MYT
11/07/2024 07:55 MYT
Seorang wanita menceritakan tentang bagaimana dirinya terpaksa berhadapan dengan gangguan seksual dalam pencarian tempat tinggal.
"Saya telah mencari lebih 40 buah rumah dan respons yang saya dapat hanyalah, 'Maaf, orang bukan muslim tidak dibenarkan menyewa'," katanya.
Melihat kepada perkongsian itu, rata-rata netizen melempiaskan rasa kurang senang dengan sikap lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, lantaran kepada penularan isu itu, lelaki tersebut menyatakan bahawa akaunnya telah digodam dan mesej tidak senonoh yang dihantar kepada Shimalaa bukanlah daripada dirinya.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis posting itu menerima satu juta tontonan dan hampir 5,000 tanda suka di Platform X.
Alami Banyak Masalah Nak Cari Tempat Sewa
Menerusi kisah yang dikongsikan di media sosial, wanita yang dikenali sebagai Shimalaa Sanmuggam menyatakan dirinya menempuhi pelbagai pancaroba semata-mata untuk mencari rumah sewa."Saya telah mencari lebih 40 buah rumah dan respons yang saya dapat hanyalah...
Menurut Shimalaa, dirinya telah mencari lebih 40 buah rumah dan bilik sewa namun permintaannya untuk menyewa ditolak akibat daripada sikap prejudis sesetengah pemilik."Saya telah mencari lebih 40 buah rumah dan respons yang saya dapat hanyalah, 'Maaf, orang bukan muslim tidak dibenarkan menyewa'," katanya.
BERITA TRENDING:Dapat Bantuan RM1,500, Netizen Tak Puas Hati Wanita Tak Mahu Bekerja Sebab Selesa Minta Sedekah - "Ini Bukan Miskin Tapi Pemalas!"
BERITA TRENDING: Rider P-Hailing Terperanjat Dapat Tips RM500, Pulangkan Balik Sebab ...
BERITA TRENDING: Abang Sado Tarikan Utama Gerai Durian Papa Muda - "Tahun Lalu Badan Kami Kurus Kering Lagi..."
BERITA TRENDING:Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Islamik Direman 4 Hari, Bantu Siasatan Berhubung Salah Guna Kuasa Untuk Dapatkan Suapan
Bukan itu sahaja, apa yang lebih menyakitkan hati apabila salah seorang lelaki cuba mengambil kesempatan terhadap Shimalaa sebagai ganjaran membantunya mencari tempat tinggal.Melihat kepada perkongsian itu, rata-rata netizen melempiaskan rasa kurang senang dengan sikap lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, lantaran kepada penularan isu itu, lelaki tersebut menyatakan bahawa akaunnya telah digodam dan mesej tidak senonoh yang dihantar kepada Shimalaa bukanlah daripada dirinya.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis posting itu menerima satu juta tontonan dan hampir 5,000 tanda suka di Platform X.